AKIBAT CAKAP BESAR DR ROZMEY TERIMA PADAH.......???

on Dec 11, 2010





Itulah akibatnya  orang yang bercakap besar  lagi sombong. Sepatutnya Dr Rozmey seorang yang berpelajaran bercakap biarlah beralas, jujur dan berpijak di bumi nyata. Bukan membangga diri dan memuji hasil kerja sendiri dengan cara yang amat keterlaluan, sedangkan filemnya belum lagi ditayangkan.

Cara Dr mempromosi filem macam memaksa orang ramai untuk pergi menonton. Pada hari ke-2 tayangan “2Alam” Dr Rozmey telah mengumumkan diakhbar Kosmo bahawa pungutan telah mencapai  RM2juta. Tetapi setelah tamat tempoh wajib tayang kita difahamkan hasil pungutan tiket tak sampai pun 1/2 juta. Jadi, siapa yang cuba berbohong?   dan adakah kita telah dibohongi?

Sekarang apa sudah jadi doktor?  Pungutan RM40 juta terlalu jauh dari jangkauan, macam langit dengan bumi ! Nampaknya Dr terpaksa menyepikan diri! dan hilang kata-kata.  Sudah tentu Dr Rozmey menanggung malu !! Setelah tamat tempoh wajib tayang,  kutipan tak sampaipun 1/2 juta.  Khabarnya filem “Ngangkung” hasil kerja David Teo Production tanpa promosi sehebat filem 2 Alam dalam tempoh seminggu telah berjaya memungut  RM3 juta  dan masih ada peluang memungut 5 atau 6 juta menjelang tamat tempoh wajib tayang.

Setahu penulis David Teo seorang Penerbit filem yang berpengalaman, tak pernah
pula meletak target atau angan-angan untuk dapat RM10 juta,.. jauh sekali 20 atau 40 juta  sebagaimana “Angan-angan Mat Jenin” Dr.Rozmey. Untuk makluman pembaca rekod pungutan tiket  filem Melayu tidak pernah melebihi RM7.6 juta.

Walau bagaimana pun diharap Penerbit filem “2 Alam” ini akan sedar,  insaf, dan mahu belajar  dari kesilapan besar yang dilakukannya!!......   dan di bawah ini saya paparkan beberapa petikan komen peminat dan  komen Dr.Rozmey sendiri.

 “Perjalanan cerita ini sesuai ditonton oleh setiap lapisan masyarakat.Garapannya menarik dan hasil sentuhan krew produksi mampu mengangkat filem ini sebagai filem terbaik selepas 40 tahun,”   kata Dr Rozmey seorang pemburu mimpi !    (Dr Rozmey barangkali minat sangat dengan angka 40)

Ini  pula diantara kata-kata peminat filem Melayu dalam fb

 “ Kami ni bukan nak boikot filem ni sangat tapi menyampah betul  dengan kenyataan dia tu ..  Kami  nak buat dia sedar jangan rasa diri tu bagus sangat,,… boleh kutip 40 juta..  Cakap sekali dua  tak apalah! …….Ini hari2..”

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List