Konvensyen Pakatan Rakyat : Pertahan Agenda Bersama

on Dec 11, 2010


Pakatan Rakyat hari ini mengulangi pendirian mempertahankan agenda bersama yang dipersetujui pada konvensyen Shah Alam lalu serta mempertahankan prinsip Pakatan Rakyat dan kesetiaan pada perlembagaan negara.


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menganggap segala fitnah dan tohmahan Umno mengenai PR tidak berkesan kerana hubungan parti PR terus kukuh.

"Kita ulangi keputusan dan pastikan semua serangan dan fitnah Umno, tak beri kesan kerana berikan penegasan agenda berdasarkan isu prinsip perlembagaan negara,"

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Kepimpinan PR di ibu pejabat PKR hari ini.

Mesyuarat ini turut membincangkan mengenai hal-hal yang akan dibincangkan untuk Konvensyen PR di Pulau Pinang bermula 19 Disember ini.Turut bersama adalah wakil PAS dan DAP diketuai Haji Hadi dan Lim Kit Siang.

Hadi menegaskan bahawa pendirian dan perjuangan PR adalah berlainan dengan apa yang dibawa BN.
Lim Kit Siang pula menyatakan kepentingan konvensyen PR yang akan diadakan di Pulau Pinang minggu hadapan.

tvs

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List