Ribut dalam cawan PKR nampaknya belum berakhir. Bila ia akan berakhir sukar untuk diramalkan. Apakah ia akan berakhir apabila riwayat parti itu akan berakhir? Berakhirnya riwayat PKR maka berakhirlah segala ribut dalam cawan. Begitukah?
Kalau terjadi demikian alangkan malangnya nasib PKR?
Walaupun berbagai usaha untuk menstabilkan PKR tetapi tidak menjadi. Parti 'tiga kepala' ini benar-benar memusingkan kepala Penasihat Umumnya, Anwar Ibrahim. Sehebat-hebat Anwar nampaknya bukan mudah untuk beliau mententeramkan keadaan. Sebenarnya bukan saja Anwar tetapi kalau orang lain juga memiliki parti sepertinya payah untuk diatasi.
Kemampuan PKR bertahan dan muncul sebagai politik ketiga terbesar negara ini selama 10 tahun ini pun dikira satu kejayaan besar kepada Anwar dan pendokongnya. Belum tentu kalau orang lain memimpin parti berkapala tiga seperti PKR mampu mempertahankanya selama itu.
Seorang demi seorang ahli parti itu meninggalkan PKR. Kebanyakan meninggal bukan kerana perjuangan PKR atau perjuangan Anwar tetapi kerana mereka kecewa apabila mereka gagal mendapat apa yang diidamkan. Contohnya bila gagal untuk jadi pemimpin, mereka akan meninggalkan PKR sambil berjalan meninggalkan PKR mereka membuang najis di tengah jalan macam orang mabuk arak.
Kononnya mereka tinggal PKR kerana tidak percaya kepada perjuangannya itu adalah alasan semata-mata. Apa yang berlaku mereka tidak konsisten dan percaya kepada diri sendiri.
Sehari dua ini saya tengok ada dua orang kuat PKR akan meninggalkan parti itu. Mereka ialah Gobalakrishan dan Badrul Hisham. Kedua mereka baru kalah dalam pertandingan merebut jawatan. Adalah dijangka mereka akan membuat pengumuman keluar PKR pada 19 Januari ini. Adakah ini benar-benar berlaku.....Tunggulah.
0 comments:
Post a Comment