INI ZAMAN REALITI......

on Jan 1, 2011

Artikel 52(4) perlembagaan negeri Selangor menyebut bahawa Setiausaha Kerajaan Negeri perlu menyempurnakan majlis angkat sumpah kerahsiaan tugas di hadapan Menteri Besar. Tiada sebutan mengenai majlis angkat sumpah di hadapan Sultan Selangor.

Sehubungan itu kata beliau, langkah tersebut bercanggah dengan perlembagaan negeri memandangkan ia tidak tertakluk kepada Undang-undang Tubuh Selangor.

"Perlembagaan negeri tidak membenarkan perkara ini tetapi saya berharap ini tidak berlaku, itu sebabnya Sultan perlu berhati-hati sebelum meneruskan perkara ini," kata beliau lagi.





Jikalau gua katakan umnoapco atau pihak putrajaya buta undang2 dan perlembagaan tubuh negeri selangor, ianya tak logik. Mereka lebih arif dengan perkara tersebut.

Dalam isu perlantikan SUK yang sedang panas sekarang ini, gua berpandangan sebaliknya. Dalam firasat ilmu strategi politik gua yang sempit ini, gua berpandangan bahawa si Khusrin Munawi ini adalah seekor kambing hitam yang dipermainkan oleh puak putrajaya. Sebabnya....

1) Khusrin Munawi terkenal dengan sifat mengampunya kepada pihak ketuanan melayu dan beliau telah terpalit dengan isu panas sebelum ini yang melibatkan istana selangor seperti kes Teo Nie Ching dan Dr. Asri.

2) Di sebalik modus operandi putrajaya untuk merampas negeri selangor seperti yang mereka lakukan di negeri perak dengan mempergunakan setiausaha kerajaan negeri, maka kini dengan perlantikan sebagai SUK giliran Khusrin pula dipergunakan.

3) Dengan kerjasama setiausaha sulit sultan si munir apa kejadah namanya itu yang setahu gua daripada maklumat yang boleh dipercayai mengatakan beliau adalah seorang umno yang terlebih umnoapco daripada umnoapco itu sendiri telah berkonspirasi dalam perlantikan ini dengan menyakinkan sultan.

4) Paling trajis sekali, apakah sultan itu sendiri tahu atau tidak akan perlantikan ini kerana beliau sedang bercuti.

5) Part yang paling tak boleh blah ialah, putrajaya sedang memainkan isu ini dengan niat untuk mempolitikan isu bahawa MB dan kerajaan negeri derhaka pada sultan jika membantah perlantikan ini. Dengan matlamat sebenar iaitu melagakan kerajaan negeri dengan pihak istana.

6) Jika sebelum ini, rakyat sedia maklum dengan siri penderhakaan umnoapco kepada institusi raja2, maka kini tibalah giliran PR pula menderhaka kepada institusi raja2 dan akan menjadi bahan propaganda politik puak2 umnoapco yahudi laknatullah bagi menimbulkan kebencian rakyat.

7) Jika perlantikan ini berlaku juga, maka pihak kerajaan negeri sudah tentu akan membawa perkara ini ke mahkamah, dan berlakulah pertembungan krisis antara kerajaan negeri dengan istana. Sementara pihak umnoapco akan mempertikaikannya dengan cara perundangan mereka dan memenangkan pihak istana seperti yang sedia maklum.

Justeru itu, samada dalam pertelingkahan ini kerajaan negeri selangor akan tumbang atau tidak tak dapat gua pastikan kerana berbalik kepada perundangan dan perlembagaan negeri serta keputusan mahkamah kangaroo.

Yang pasti ianya akan mengugat keharmonian hubungan antara kerajaan negeri dan istana, dan itulah matlamat sebenar umnoapco yahudi laknatullah putrajaya.

Jika ada deal lain seperti Gamuda dan Istana Perak dahulu (you help me, I help you) itu gua tak tau... dan berkemungkinan bisa ada maka marilah kita ucapkan selamat jalan kepada kerajaan PR negeri selangor seawal mungkin...





Waris berkata...

Ini bukan zaman hang tuah lagi nak hormat atau derhaka pada sultan. Mintak ampun dan maaf je le. Mana2 manusia yang tak berapa bijak maka tidak layak dihormati walaupun bertaraf ulama, sultan, perdana menteri atau presiden.

Biarlah meLAYU2 HUTAN saja yang nak tunduk hormat kat orang2 macam tu. Ini zaman realiti bukan zaman cerita dongeng lagi. Kalau rasa kita patut hormat, kita akan hormat. Tak perlu nak paksa2.

Sultan pun kalau rasa diri ingin dihormati maka kelaku kena betul. Kena jadi role model pada rakyat. Kena jadi ketua agama yang baik macam sultan kelantan sekarang. Jangan sibuk nak pertahankan meLAYU tapi dalam istana cakap inglis. Anak2 pulak sepatah haram tak reti cakap meLAYU.

Budaya meLAYU pulak hanya digunakan pada majlis rasmi saja serupa dengan pengantin (Raja Sehari) yang berjalan sopan santun bila bersanding tapi perangai disebalik tabir baik sikit dari setan.

Rakyat sekarang hidup dalam dunia realiti bukan khayalan. Apa yang sultan buat itu yang rakyat ikut. Kalau sultan ke hardrock cafe maka rakyat akan ikut ke hardrock cafe. Ini realiti... jangan salahkan bila ada rakyat yang kurang ajar macam aku sebab ini kehidupan realiti.

Rakyat macam aku dah tak bergantung pada propaganda tv lagi. Aku dah bertahun tak tengok tv3 apatah lagi rtm. Aku pun tak pasti samada rtm masih ujud lagi atau tak. Terpulang samada meLAYU2 HUTAN nak marah atau maki aku. Aku peduli apa?

Kalau penguasa atau sultan tak hormat undang2 maka jangan harap rakyat nak hormat sama. Undang2 tuhan pun orang langgar inikan pula undang2 ciptaan manuasia... Apa ada hal?

N3 di atas tu... gua petik dari ruangan komen di sini, saja jer.. nak kongsi dengan lu orang semua bahawa kita sekarang ini berada dalam zaman realiti bukannya fantasi seperti zaman yang masih di perjuangkan oleh puak2 umnoapco iaitu zaman "Ketuanan Melayu" dan bla... bla.. bla... seperti yang selalu di melalakan oleh menteri2 umnoapco, terutama sekali Menteri yang menjaga Warisan dan Kebudayaan... hahahaha....

Kepada pengomen bernama "Waris", wa caya sama lu bro... 



sumber :-   http://www.ikutsukaakuisa.co.cc

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List