Kami Diugut..!!..Bekas Ahli Umno

on Jan 1, 2011


Beberapa jam selepas seramai 40 ahli Umno dan MCA Kampung Teluk Pelandok,Port Dickson menyertai KeADILan baru-baru ini,sekumpulan ahli parti itu khususnya dari Umno telah melakukan ugutan untuk menyekat segala bantuan kepada mereka yang telah keluar Parti.

Jurucakap kumpulan yang menyertai keADILan itu Isa Othman berkata,ugutan itu berlaku kerana pimpinan Umno terkejut "Baruk" dengan tindakan drastik masyarakat kampung itu yang berani memperjuangkan hak mereka.

Umum mengetahui bahawa Telok Pelanduk adalah kubu kuat Umno selama ini,sudah pasti keluarnya kami secara beramai-ramai dari Umno sesuatu yang mengejutkan bagi mereka lantas tidak dapat menerima kenyataan.

"Sebab itu mereka melakukan ugutan bahawa bantuan kami akan disekat kepada penduduk yang telah keluar parti,sedangkan sudah puluhan tahun kami diabaikan,setiap bantuan dan projek hanya akan diberikan kepada kroni-kroni mereka,"kataIsa Othman lagi.

Ini hanya permulaan bagi Umno yang "Cakap Tarak Serupa Bikin" kerana ratusan lagi ahli-ahli Umno yang diabaikan selama ini akan keluar parti secara senyap-senyap,kerana mereka akan diugut sekiranya mereka mengisytihar keluar Umno secara terbuka,"katanya.

Menurut Isa,"Telok Pelanduk turut meliputi lima buah kampung yang jumlah penduduknya seramai 3000 orang dengan lebih 75% daripadanya bersedia menolak Umno BN pada pilihanraya Umum akan datang."


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List