MASA UNTUK BERUBAH....

on Apr 16, 2011

Gelombang Kebangkitan Rakyat Sarawak Semakin Jelas, Masanya Untuk Buat Perubahan Kini Taib.



Seperti biasa di saat-saat terakhir menjelangnya hari pengundianPilihanraya Negeri Sarawak, banyak insiden yang tidak diingini berlaku. UMNO BN terus menggunakan pihak polis termasuk Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) untuk menggempur ceramah "grand finale" Pakatan Rakyat. 



Namun ribuan rakyat tetap membanjiri lokasi ceramah hingga menyebabkan Ketua Menteri Taib Mahmud tidak lena tidur dibuatnya. Semua ini membuktikan rakyat sudah muak berada di bawah pentadbiran Kerajaan UMNO BN sejak sekian lama. Kebajikan mereka dinafikan, malah hidup mereka serba kekurangan. 
Sebaliknya puak pemerintah terus kaya-raya merompak hasil mahsul negeri untuk kepentingan peribadi mereka. Gambar yang dipaparkan di bawah ini membuktikan bahawa rakyat memang dahagakan perubahan. Satu suasana yang sungguh menggerunkan BN. Bahkan senario ini pasti tidak akan disiarkan dalam media arus perdana. Oleh itu kami paparkan buktinya.


Setelah melihat paparan ini dan mendengar ceramah Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim ini maka terbuktilah apa yang dipaparkan oleh media arus perdana adalah "auta semata-mata". Bayangkan ada diantara 20 hingga 30 ribu rakyat yang hadir bagi mendengar ceramah yang disampaikan barisan pemimpin Pakatan Rakyat. 
Namun, kini rakyat sudah muka sedar akan kepentingan itu semua. Rakyat tidak boleh ditipu buat selama-lamanya. Kebenaran itu adalah sesuatu yang berharga. Selamat mengundi buat warga Sarawak. Buatlah pilihan yang tepat !!. 

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List