Saat yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba. Tepat jam 8:00 pagi tadi semua peti undi dalam 71 kawasan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak telah dibuka. Kini para pengundi telah mula menunaikan kewajiban masing-masing untuk menentukan parti mana yang akan memerintah Sarawak untuk lima tahun akan datang.
Debaran kini bukan saja kepada lebih 200 orang calon yang bertanding tetapi juga kepada pemerhatian politik dari seluruh negara. Pilihan raya umum Sarawak ke-10 kali ini menjadi tumpuan ramai. Angin perubahan yang melanda Sarawak kini menyebabkan para pemerhatian tidak tidur dan berdebar menanti keputusan. Sikap terbuka rakyat Sarawak juga menyebabkan para pemerhati dan penganalisa sukar untuk membuat agakan.
Pilihan raya Sarawak kali ini ternyata berbeza dengan sembilan pilihan raya sebelum ini. Belum pernah BN yang lebih 30 tahun memerintah bumi Kenyalang merasai serangan pembangkang sehebat hari ini. Realiti ini diakui sendiri oleh pihak BN. Najib yang mulanya optmis BN akan mendapat majoriti 2/3 tetapi telah berubah nada disaat akhir dengan mengharap hanya cukup kalaulah BN dapat mengekalkan kemenangan dengan simple majoriti.
Perbalahan Najib dengan Taib Mahmud dalam menguruskan pilihan raya ini menjelaskan akan keserabutan dan kebimbangan mereka. Pertelingkahan itu katanya sampai ke saat saat akhir. Ketidak yakinan BN untuk menang ditunjukkan amati dengan kehadiran bekas PM Mahatahir Mohamad untuk membuat panggilan terakhir dan perosnal terhadap pengundi Cina. Tetapia khabarnya kehadiran Mahathir disaat akhir itu tidak banyak merubah suasana.
Apa yang akan berlaku hari ini dan bagaimana keputusannya? ia tetap mengetuk hati setip orang. Di sini saya tidak mahu menurunkan ramalan dan analisa saya tetapi cukuplah kalaulah saya mengatakan pilihan raya ini benar benar mengejutkan dan menggembirakan orang politik yang mahu melihat satu perubahan dan sikap baru rakyat Sarawak dalam politik.
InsyaAllah kalaulah ada masa dan kemudahan saya akan cuba membuat analisa menjelang tengah hari berpandukan kepada aliran mengundi dan juga maklumat dari risikan dari berbagai sumber. Salam dari Kuching.
MSO
Pengundian Pilihan Raya Sarawak Bermula...
Copy & Posted By mahi on Apr 16, 2011
Labels:
Hal Negeri Sarawak,
Hal PilihanRaya
0 comments:
Post a Comment