Najib sedar bahawa Taib bebanan BN...???

on Apr 16, 2011

Seorang teman mengirim sms, "Apabila Najib canang rancang pelan peralihan kuasa-kuasa Taib, ini menunjukkan dia pun yakin bahawa BN di bawah Taib Mahmud selama ini adalah teruk. PR wajar jadikan isu yang dicanangkan Najib itu sebagai modal untuk 'back-fire', bukan hanya Taib malah BN adalah beban rakyat. Beralih kepada PR. Najib tidak payah rayu rakyat kepada dia."
Alkisahnya, baru-baru ini Najib Razak pun mencetak sebuah 'fatwa' politik baharu, iaitu beliau mengesahkan bahawa Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud akan bersetuju berundur daripada jawatan yang disandang puluhan tahun itu.


Laporan akhbar tidak menyebut bilakah tarikh sebenar pengunduran Taib Mahmud itu. Cuma yang disebut, Taib akan berundur pada masa sesuai selepas pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Najib Razak termasuk dalam jadual rencana peralihan juga ketika beliau bersengketa dalam diam terhadap bekas Perdana Menteri sebelum ini, Abdullah Ahmad Badawi. Tetapi, drama sengketa itu tidaklah berlangsung lama kerana wujud peranan Dr Mahathir di celah-celahnya.

Bagaimanapun, agak sulit bagi Najib untuk mengusir Taib Mahmud ini. Janji ahli politik bukan seperti janji Tuhan yang menurunkan wahyu sebagai suatu pedoman. Taib Mahmud boleh berjanji berkali-kali dan ketika menunaikan janji, seperti biasa, ahli politik akan terkemut-kemut. Terpaksa pula rakyat kita jenuh berlutut.

Sengketa Najib dan Taib adalah drama sandiwara yang tidak dapat dikesan dan sulit dihebahkan kepada semua. Najib tahu dan sedar bahawa, kalau pun beliau tidak turun ke Sarawak, Taib Mahmud sudah pun dapat mengawal semua peraturan dalam pilihan raya.

Pendek kata, Najib dalam pandangan mata Taib Mahmud hanyalah seperti melukut di tepi gantang - ada tidak
menambah, kalau tiada tidak pula rakyat di Sarawak itu akan terasa kekurangannya.

Tapi Najib seperti biasa. Laras bahasa akhbar akan melaporkan bahawa perubahan kepimpinan negeri itu akan dilakukan secara tersusun demi menjamin kestabilan politik Sarawak dan seluruh negara secara amnya.

Dalam drama Najib terbaru, beliau dilaporkan berkata, "Rakyat perlu bersabar dengan pelan peralihan kuasa itu dan jangan terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang sentiasa memainkan isu kepimpinan Abdul Taib yang kononnya terlalu lama mentadbir negeri ini."

"Saya sudah berunding dengan Ketua Menteri Sarawak, memang dia sudah bersetuju untuk melakukan perubahan kepimpinan di negeri Sarawak.

"Percayalah kepada saya, pada waktu sesuai, perkara (peralihan kuasa) ini akan kita lakukan,” Najib bermadah helah ketika berucap dalam Majlis Rakyat Bersama Pemimpin baru-baru ini.

Sambil menutup kelemahan Taib yang tidak disukai Najib itu, beliau berkata, bahawa isu pemerintahan Taib yang lama juga sebenarnya mirip kepimpinan ketua gabungan parti Pakatan Rakyat hari ini.

Kebodohan Najib terserlah - gagal bezakan pemerintahan 'negeri' dan 'parti' {BOLD}

Dalam kebodohan, Najib melalut lagi. Katanya Lim Kit Siang sudah 42 tahun di arena politik, Karpal Singh (72 tahun) dan Anwar juga sudah tua. Sama ada Najib tidak faham, cuba memperbodoh umat atau kenyataan adalah langkah percubaan awal untuk sengaja menunjukkan kebodohannya di depan rakyat. Isu Taib Mahmud memerintah negeri adalah sama seperti Ben Ali di Tunisia dan Hosni Mubarak di Mesir.

Ini bukan isu pentadbiran parti, tetapi pentadbiran negeri. Jika ditinjau tempoh pentadbiran Pakatan Rakyat di negeri-negeri yang baru mereka kuasai ini, hanyalah sepenggal. Dan, jika dihimpunkan masa pentadbirannya sekali pun, ia berbeza dengan pentadbiran BN. Peluang PR memerintah masih sedikit.

Bagaimanakah mungkin Najib Razak boleh terkeliru dan dikelirukan dengan hal seperti ini? Adakah makan rasuah mengundang kebodohan terhadap diri?

Tapi, yang paling penting di sini ialah - rakyat menunggu bagaimana bentuk rupa paras dan bentuk peralihan kuasa yang mahu didandan Najib itu. Jika tiba-tiba Taib bersilap mata dan berbolak-balik seperti Hosni Mubarak (sekejap mahu lepas jawatan, sekejap mahu dilanjut kuasa), maka kepada siapa Najib mahu 'bertawakal'?

Meminta fatwa Rosmah? Mengemis nasihat Dr Mahathir? Rakyat tahu Najib sukar mendapat tempat sebagai PM daripada Abdullah; (PM terlemah itu). Najib terpaksa angkat sembah, melutut kepada Dr Mahathir dalam rangka mengguling Abdullah sebelum ini.

Jadi, bagaimana Najib mahu guling Taib kali ini? Sesekali, Najib perlu rawat kebodohannya dengan meninjau sejarah sengketa Puteri Santubong, Puteri Sejinjang. Siapa saudara Taib yang pernah bersengketa dengannya? Tentu Abdul Rahman Yaakob. Jadi, Najib perlu jalankan kerja jahatnya untuk guling Taib jika mangsanya berdegil meninggalkan jawatannya.

Tidak perlu dilanjutkan semua formula untuk guling Taib. Bukankah beliau berpengalaman mengguling kerajaan PR Perak dan Abdullah Ahmad Badawi?

Rakan saya mengirim sms kedua berhubung kenyataan Najib berhubung peralihan kuasa Taib itu - "Jadikan lagu Sayang Semuanya Sudah Terlambat' (Shidee) sebagai lagu tema kempen PR. Pasti gelabah Najib!"

Saya fikir, selain itu perlu ditambah satu lagi lagu tradisional - Puteri Santubong, Puteri Sejinjang sebagai formula untuk Najib gulingkan Taib.





0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List