SONGSANG.....???

on Apr 26, 2011


Kenapa jadi songsang pulak...... lu fikir lah sendiri....



KUALA LUMPUR: Raja Petra Kamaruddin kini disiasat mengikut Seksyen 203 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu berhubung akuan bersumpahnya mengaitkan Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu, empat tahun lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin ketika dihubungi Bernama hari ini berkata, pengendali portal 'Malaysia Today' itu disiasat mengikut seksyen itu setelah keterangan diambil daripadanya semasa beliau berada di Bangkok, Thailand, dua hari lepas.

Keterangan itu diambil oleh pegawai polis Bukit Aman yang ditugaskan untuk bertemu Raja Petra di negara itu ketika majlis pelancaran Pergerakan Bebas Sivil Malaysia (MCLM) di mana beliau merupakan pengerusinya.
Bakri menambah, pihak polis juga sedang giat menjalankan siasatan berdasarkan keterangan Raja Petra selain keterangan daripada beberapa individu lain yang berkaitan dengan kes tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan indentiti individu lain yang telah dipanggil polis.
"Siapa yang telah dipanggil dan berapa orang yang dipanggil itu tidak penting. Apa yang menjadi keutamaan dan tumpuan kita sekarang ini adalah untuk menyiasat dakwaannya (Raja Petra)," katanya lagi.

Dalam temu bualnya dengan TV3 yang disiarkan pada 13 dan 14 April lalu, Raja Petra mendedahkan bahawa akuan bersumpah beliau pada 2008 yang mengaitkan Najib dengan kes pembunuhan itu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Najib, yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri, daripada menjadi Perdana Menteri. 




0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List