TOL NAIK...??? Hanya Jangkaan Sahaja....

on Apr 26, 2011



Aku assume korang dah baca perkara di atas neh. Sekali pandang memang nampak macam bagus. Nak buat satu kaedah yang mana boleh mengurangkan kesesakan ketika bayar tol. Aku agak bersetuju dengan shaziman neh. Tetapi setelah difikir2kan secara  teliti dan mendalam aku dapati bahawa ;

1. Aliran [laluan] neh akan siap sepenuhnya pada tahun 2015

2. Ini bermaksud ada keluar peruntukan tambahan. Dari siapa aku taktahu.

3. Duit yang keluar biasanya kena masuk balik lah. Apatah lagi kalau ini pelaburan pihak swasta.

4. So ini mungkin akan menyebabkan kadar tol naik pada masa akan datang.

5. Macam dalam ulasan di atas, mungkin kita kena beli tiket2 tertentu bagi membolehkan kita guna aliran / laluan tersebut. Katakanlah kadar tol tak dinaikkan [kekal] meskipun aliran tersebut siap sepenuhnya.

6. Mungkin juga jangkahayat tol itu pula yang akan dipanjangkan. Jadi tiada beza kat situ. Sebab shaziman cakap benda neh akan di implementasikan di semua plaza tol.

7. Jadi cita2 kita untuk melihat tol dihapuskan hampir mustahil. Jika PR perintah negara pun PR tak mampu hapuskan tol sekaligus melainkan mereka hanya mampu mengurangkan kerugian rakyat kerana sudah tentu perjanjian2 seperti ini akan didokumentasikan. Dan jika kerajaan langgarjanji, kena bayar gantirugi. Demm umno bakal meninggalkan kerajaan rosak kepada PR. Tetapi kita tak risau kerana ketika Nabi saw mula memerintah madinah pun sekali, madinah bukan berada dalam keadaan yang terbaik pada ketika itu.

Pandangan aku sendiri lah, agak sukar kerajaan nak hapuskan semua tol. Tapi kenapa tidak kerajaan kurangkan harga tol. Tol sekarang mahal nak mampos. Kononnya nak cover untuk membaiki kerosakkan jalan. Tapi tiap2 tahun kita tengok macam2 tender dibuka pada kontraktor untuk repair jalan. Jadi pemilik konsesi tol buat apa pula?

Kenapa tidak charge tol dengan harga yang mininum? Pengguna jalanraya di malaysia meningkat saban tahun. Kerajaan dan pemilik tol sudah untung banyak. Malahan mereka melabur situ dan sini. Sampaikan masuk berita ekonomi. Saham mereka melambung, keuntungan mereka berbillion2 ringgit.

Orang kata di malaysia neh orang yang paling kaya ialah orang cina. Tapi aku mula meragui fakta itu. Usahawan2 cina itu mereka mendedahkan dokumen sebenar harta kekayaan yang mereka miliki. Bagaimana pula dengan usahawan2 melayu kroni umno yang menyorokkan harta2 mereka? Mungkin untuk elak dikecam masyarakat. Di zaman serba canggih ini apa sahaja boleh berlaku. Aku percaya orang yang paling kaya di malaysia ialah taib mahmud dan no 2 ialah mahathir. 

Nota :- Orang cina boleh berhenti berangan kalau mereka fikir mereka org terkaya di malaysia. Lu salah orang.


kredit to  :- amenoworld



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List