Lagi Kisah Bung Mokhtar Kena Belasah Dengan Blogger BN.

on Dec 5, 2011





Ketiga tiga gambar diatas adalah rakaman kunjungan Datin Zizie Ezette isteri kepada Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi UMNO Yb Datuk Bung Mokhtar Ahli Parlimen Kinabatangan yang hadir dalam majlis Rumah Terbuka Eidul Fitr Anwar Ibrahim....

Begitu hormatnya Zizie sehingga mencium tangan Anwar..!

Maka timbullah persepsi dan persoalan, atas dasar apakah Bung Mokhtar beria-ia sangat mahu menurut kehendak juak juak murahan PKR..? Bung masih membawa mesej Rafizi Ramli, Saifuddin Nasution dan Zuraidah Kamaruddin, ketiga tiga ekor lembu PKR ini Shahrizat Jalil meletakkan jawatan....!

Bung Mokhtar menjadi ‘wakil cakap PKR’ dalam UMNO...? Malah menurut sumber yang disampaikan ke telinga seorang sahabat Blogger kita House PK, beliau dimaklumkan pada sesi perbahasan Persidangan Agung UMNO, Bung Mokhtar telah cuba ‘deal’ dengan Timbalan Pengerusi Tetap, Datuk Aziz Sri Gading agar Ahli Parlimen Kinabatangan ini diberikan sedikit ruang bercakap semata mata mahu ‘mempengaruhi’ perwakilan dalam dewan PWTC untuk mendesak Ketua Wanita UMNO itu meletakkan jawatannya...

WOW! Kenapa begitu bersungguh sungguh sekali Bung mahu terjah Shahrizat..?

Apakah masih ada tersemat dalam hatinya itu dendam terhadap Kak ijat yang pernah menegur Bung tidak menghormati kaum wanita apabila pernah timbul kontrovesi dalam Dewan Rakyat, kisah “bocor” pertikaman lidah antara Bung dengan Ahli Parlimen Batu Gajah, Puan Fong Poh Kuan.

Apabila timbul kisah perkahwinan secara senyap Bung Mokhtar dengan aktress seksi gebu, Zizie Ezette, diberitakan Kak Ijat sekali menegur kelakuan Bung kerana kisah perkahiwnannya ini mengheret Ahli Parlimen Kinabatangan itu ke perbicaraan Mahkamah...


Atas kedua dua insiden inilah apakah mungkin Bung Mokhtar berdendam dan melihat peluang yang disajikan oleh juak juak murahan PKR ini sebagai satu bola tanggung untuk melibas rakan dalam pimpinan parti UMNO sendiri..?

Teori menyaksikan Zizie Ezette penyokong tegar Anwar sehingga mencium tangan sewaktu bersalam dan Bung pula pernah dikaitkan dengan kumpulan salah seorang Ahli Parlimen mendapat tawaran 16 September Anwar bolehkah dirumuskan sebagai pemangkin untuk beliau menjadi agen PKR memberikan tekanan agar Ketua Wanita UMNO itu berundur dari politik..?

Tidak ada untungnya tindakan gelojoh Bung Mokhtar dalam isu ini kerana beliau tidak akan berpeluang menjadi Menteri Pembangunan Wanita sekiranya Shahrizat letak jawatan...

Malah, Bung seharusnya sedar bahawa kerja gila juak juak murahan PKR ini terpaksa dilaksanakan kerana mahu memadamkan dan melenyapkan kekuatan jentera Wanita UMNO dibawah kepimpinan Shahrizat.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List