Yakin tumbangkan Umno di negeri asal PM

on Dec 5, 2011

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhn1q_2lmXJv-7m-xOqypxUQURR7cdomvChWe2jDyEl1LSoM8CudQtP63ZvIeo19MHZI5XcZsKVQozcihATBhlM73FCwk0Vc2DdWWimyL8PopG4IVgCWzf6ZLh9HcCAgKmMNBx0FlWDPJzZ/s1600/Roslan+Zainal.jpg



TAHAP keyakinan rakyat terhadap keupayaan Barisan Nasional memerintah negeri Pahang jatuh menjunam akibat pelbagai kelemahan dan ketirisan. PAS selaku parti penggerak utama di Pahang, yakin dengan kerjasama KeADILan dan DAP, ia mampu membuat kejutan untuk menumbangkan BN pada Pilihan Raya Umum akan datang. Ikuti wawancara khas MOHD RASHIDI HASSAN dengan Setiausaha Perhubungan PAS Pahang, Roslan Zainal Ahmad.


WARTAWAN: Bagaimana dengan tahap kerjasama parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat di Pahang?

ROSLAN ZAINAL: Alhamdulillah, kerjasama di antara rakan komponen Pakatan Rakyat Pahang pada kedudukan yang baik dan akrab. Ini kerana kerjasama telah dibina seawal pasca Pilihan Raya Umum ke-11 pada tahun 2004 lagi dan diperkukuhkan selepas tahun 2008.

Adakah isu-isu yang boleh mengganggu kerjasama? Jika ada, bagaimana saudara mengatasinya?

Tidak banyak isu yang mengganggu kerjasama. Ini kerana Pakatan Rakyat Pahang sejak tahun 2009 telah membentuk struktur kerja yang jelas iaitu melalui Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Negeri (MPPRN) sebagai badan permuafakatan dasar manakala pelaksanaannya diselaraskan melalui Sekretariat Pakatan Rakyat Negeri yang berpejabat di Bangunan PAS Pahang, Temerloh.

MPPRN dianggotai oleh wakil-wakil kepimpinan kanan setiap parti manakala Sekretariat dianggotai wakil-wakil pengurusan kanan setiap parti termasuk ketua portfolio teras seperti pilihan raya, R&D dan penerangan.

Bagaimana dengan pembahagian kerusi pilihan raya? Sudahkah selesai?

Pada asas pembahagian kerusi hampir selesai, tinggal berbaki beberapa perkara yang sedang dimurnikan dan perlu dimuafakatkan. Keutamaan kami ialah memastikan kemenangan besar Pakatan Rakyat dalam PRU13.

Secara keseluruhannya, apakah saudara yakin Pakatan Rakyat boleh menguasai kerajaan negeri?

Kami yakin boleh menguasai kerajaan negeri jika sistem demokrasi pilihan raya sedia ada direformasikan secara menyeluruh dan penyaluran maklumat kepada rakyat didemokrasikan.

Bagaimana saudara melihat Umno, bolehkah mereka mempertahankan kerajaan negeri?

Umno Pahang tidaklah sekuat mana dan mereka tidak mempunyai tokoh kepimpinan yang hebat dan berwawasan.
Tidak hairanlah kenapa Pahang berada di belakang di dalam pelbagai aspek berbanding negeri lain di Semenanjung. Aset geopolitik dan sosioekonomi yang hebat yang dimiliki negeri Pahang gagalkan dimanfaatkan oleh kepimpinan Umno yang memimpin kerajaan negeri Pahang untuk menjadikan Pahang peneraju di hadapan negeri lain.

Berdasarkan pengalaman PRU10 pada tahun 1999, di mana rakyat Pahang terutama orang Melayu sebenarnya boleh dan berani melakukan perubahan, kami yakin dengan pelbagai anjakan politik dan maklumat pada masa kini, kerajaan Umno- BN Pahang boleh ditumbangkan di dalam PRU akan datang, insya- Allah.

Apakah kelemahan Umno- BN yang saudara rasa boleh dijadikan alasan kukuh untuk rakyat menolak mereka?

Banyak kelemahan mereka yang patut menjadi KPI kepada rakyat untuk menggantikan kerajaan negeri daripada kepimpinan BN kepada kepimpinan Pakatan Rakyat. Antaranya ialah:

i. Kegagalan mengurus ekonomi negeri: Ini ditandai dengan penurunan pendapatan berbanding peningkatan hutang dan defisit seperti yang dibentangkan dalam defisit saban tahun, telah berlarutan lebih 10 tahun!
Keadaan ini tidak wajar berlaku memandangkan Pahang memiliki khazanah bumi yang banyak bermula daripada balak, emas, bijih besi, perladangan komoditi dan seumpamanya. Jika semua sumber ini diurus dengan baik dan beramanah seperti di negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, kami percaya hasilnya dapat dilonjakkan dan angka defisit dapat dikecilkan malah tidak mustahil ditiadakan.

ii. Kegagalan merakyatkan pembangunan: Ini ditandai dengan penompokan pembangunan berskala besar hanya di Kuantan dan sekitarnya. Ini menyebabkan pertumbuhan ekonomi bandarbandar lain amat perlahan malah jauh ketinggalan berbanding pembangunan bandar di seberang sempadan negeri berjiran. Paling menyedihkan, status pembangunan pekan Simpang Pelangai yang berada di kawasan diwakili Menteri Besar dan pekan Chenor yang diwakili oleh bekas Timbalan MB berada pada kedudukan paling belakang berbanding kawasan lain.
Pada masa sama kawasan perindustrian yang disediakan di beberapa bandar di Songsang dan Mentakab di Temerloh, Karak di Bentong dan Bandar MEC di Gambang, statusnya sama ada gersang ataupun telah padam!

iii. Kegagalan membina pengurusan tanah yang cekap. Di mana permohonan tanah rakyat terbengkalai bertahun-tahun.
Sedangkan pada masa sama kelulusan tanah untuk segelintir kapitalis amat pantas seperti yang berlaku dalam kes kilang Lynas di Gebeng, Bukit Tinggi Resort di Bentong, Bandar MEC di Gambang.

iv. Kegagalan menjaga pemilikan aset negeri. Ini terbukti dalam kes tanah-tanah LKPP yang tergadai kepada swasta, dan kini dibimbangi kes yang sama bakal berlaku kepada tanah-tanah Felda Plantation di dalam isu Felda Global Venture. Pada masa sama generasi muda di kampung, desa, estet dan Felda amat kehausan dan memerlukan tanah


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List