Copy & Posted By mahi on
Dec 3, 2011
KAJIAN beberapa penyelidik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di beberapa institusi yang menahan dan melindungi remaja, hampir tiga perempat peratus daripadanya mengaku mengadakan hubungan seks seawal usia 12 tahun.
Kajian Profil Belia Bermasalah di Malaysia 2009 untuk Institut Pembangunan Penyelidikan Belia Malaysia yang dijalankan ke atas 4,025 responden berusia 15 hingga 40 tahun, melaporkan mereka mengakui menjalinkan hubu-ngan seksual dengan rakan sekelas pada usia 12 tahun dan kebanyakannya tanpa pengetahuan ibu bapa.
Lebih mengejutkan 80 peratus daripada ibu kanak-kanak itu adalah mereka yang tidak bekerja. Kebanyakan remaja yang pernah melakukan hubungan seks dan hamil anak luar nikah ini 23 peratus daripadanya melakukannya kerana suka sama suka, 11 peratus dirogol, lapan peratus terlalu percaya kepada teman lelaki, tujuh peratus kerana dorongan kawan-kawan dan enam peratus sukakan kebebasan. Tiga peratus lagi ingin mencuba manakala dua peratus kurang pendidikan agama.
Penjelasan yang diberikan kanak-kanak ini pastinya me-ngejutkan. Selain melakukan hubungan seks pada usia 12 tahun, ada antara mereka yang mengambil pil kuda dan ganja pada usia yang sama, bersekedudukan dengan teman lelaki, mencuri motosikal, ketagihan dadah, samun bersenjata dan pelbagai salah laku yang sepatutnya tidak dilakukan mereka.
Hasil kajian ini tentunya bercanggah dengan Kajian Persekutuan Persatuan-persatuan Perancangan Keluarga Malaysia (PPPKM) yang mendapati usia sesuai untuk berkahwin di Malaysia bagi lelaki adalah 28 tahun dan 25 tahun bagi perempuan berbanding masing-masing 21 tahun dan belasan tahun pada zaman dulu.
Pendedahan ini tentunya sukar untuk dipercayai apatah lagi perkara sedemikian berlaku di kalangan masyarakat yang membesarkan anak kecil mereka dengan gambaran bahawa seks adalah satu perkara yang ‘tidak baik’ melainkan adanya ikatan perkahwinan antara lelaki dan perempuan. Adakah remaja hari ini terlalu moden serta tidak lagi menerima pandangan ibu bapa hanya kerana ketaksuban mereka kepada globalisasi yang kian mencabar?
Tidakkah mereka memikirkan masa depan jika hamil sebelum berkahwin? Apakah yang akan terjadi pada persekolahan atau kerjaya mereka? Belum lagi mengambil kira malu pada diri, keluarga dan masyarakat. Sanggup dibuang keluarga kerana menconteng arang ke muka mereka semata-mata kerana mengikut nafsu? Kebanyakan remaja yang terbabit dalam hubungan seks ini menyedari bahawa perbuatan mereka itu salah tetapi rela membiarkan nafsu menguasai diri berbanding akal fikiran yang waras.
Siapakah yang patut dipersalahkan? Remaja, ibu bapa, guru, masyarakat atau media?
Pensyarah Fakulti Undang-Undang UKM, Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal, yang turut serta dalam Kajian Belia Bermasalah di Malaysia 2009, berkata menuding jari mencari salah bukanlah jalan penyelesaiannya. Ini kerana semua memainkan peranan penting bagi mengatasi masalah ini sama ada remaja, ibu bapa serta masyarakat.
Sambil meluahkan kebimba-ngannya, kajian ini menjadi garis panduan serta memberi gambaran pada negara 10 atau 20 tahun akan datang sekiranya gejala ini tidak dibendung dengan bijak. Bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya kanak-kanak seawal usia 12 tahun sudah melakukan hubungan seks dan tidak mustahil pada usia 14 atau 15 tahun mereka sudah melahirkan anak luar nikah.
“Jika ini berterusan, kita samalah seperti negara Barat yang tidak mempunyai pegangan agama dan norma kehidupan yang tinggi. Tidak mustahil ketika itu bersekedudukan menjadi perkara biasa malah sukar dibendung lagi.
“Ini belum ditambah dengan masalah penyalahgunaan dadah, gay dan lesbian serta pelbagai salah laku yang memerlukan penelitian, penyelesaian daripada semua pihak lebih-lebih lagi ibu bapa,” katanya.
Dalam hal ini, keluarga adalah institusi sosial yang berperanan mengembang dan memba-ngunkan keturunan. Mereka dipertanggungjawab menjaga, melindungi, mendidik dan membimbing anak-anak hingga dewasa. Namun institusi keluarga hari ini dilihat gagal memainkan fungsi yang sewajarnya dalam membentuk generasi muda bersahsiah tinggi.
Tambahan lagi dengan meningkatnya perceraian di kalangan suami isteri, penganiayaan terhadap anak-anak dan kurangnya kasih sayang sesama keluarga menyebabkan berlaku pelbagai masalah sosial seperti sumbang mahram, lari dari rumah dan masalah seks bebas.
“Kebanyakan anak-anak bermasalah ini dibesarkan oleh ibu bapa berfahaman moden yang mementingkan akademik semata-mata. Mereka sa-ngat mempercayai anak-anak dan membiarkan anak-anak melakukan apa yang disukai mereka tanpa rasa bimbang atau takut.
“Anak-anak belasan usia dibiarkan menonton filem bersama rakan, keluar ke pusat beli-belah tanpa ditemani ahli keluarga atau membonceng motosikal bersama teman sekelas. Bukankah semua perlakuan ini adalah bibit permulaan kepada perlakuan yang tidak diundang?
“Apa yang berlaku kepada ibu bapa moden hari ini mereka membiarkan saja kerana percaya anak-anak tidak akan melakukan perkara yang boleh memalukan mereka.
Sedangkan ibu bapa tidak menyediakan asas serta tapak yang kukuh kepada satu jati diri yang membolehkan anak-anak ini menilai baik dan buruknya,” jelasnya.
Sambil menggesa ibu bapa hari ini seharusnya menjadi ibu bapa pada zaman dulu, sentiasa memerhati, memantau perlakuan anak-anak. Biar mereka seperti mengongkong tetapi dengan cara yang sepatutnya.
“Misalnya menonton wayang bersama anak-anak atau hanya memastikan mereka keluar bersama ahli keluarga yang lain. Memastikan setiap video cakera padat yang dibeli anak-anak ditonton dulu bagi memastikan tiada unsur keganasan atau kelucahan melampau terdapat di dalam cerita itu dan hanya membenarkan rakan-rakan bertemu di rumah saja bukannya di pusat beli-belah atau di tempat lain,” katanya.
Walaupun ia nampak seperti mengongkong namun lama kelamaan apabila ia berlaku setiap hari bersama penjelasan dan secara konsisten, sudah tentu ini menjadi perkara biasa bagi mereka dan dengan sendirinya menolak pelawaan rakan-rakan untuk menonton wayang atau keluar tanpa arah tujuan.
Selain itu, ibu bapa diminta untuk lebih bersikap terbuka mengenai pendidikan seks serta menerangkan kepada anak-anak apabila mereka menginjak usia remaja.
Misalnya mengenai haid untuk anak perempuan dan pentingnya anak-anak menjaga maruah diri. Begitu juga untuk anak lelaki yang boleh dijelaskan oleh bapa.
“Malangnya ibu bapa moden hari ini tidak pula bersikap terbuka dalam hal itu dan menganggap seksual adalah sesuatu yang memalukan. Mereka seboleh-bolehnya mencari alasan supaya anak-anak tidak didedahkan dengannya terutama pada awal usia,” katanya.
Tambah Prof Noor Aziah, faktor yang sering dilupakan adalah kegagalan ibu bapa berkomunikasi dengan anak-anak yang seterusnya mewu-judkan ruang antara mereka.
Walau sebagaimana sibuk sekali pun bekerja, ibu bapa harus mengambil peluang berbual-bual dengan anak-anak terutama ketika makan bersama.
“Ini boleh dilakukan sejak mereka di sekolah tadika lagi dengan bertanyakan mengenai pembelajaran seterusnya meningkat ketika sekolah rendah dan menengah.
Jangan sesekali mewujudkan ruang antara ibu bapa dengan anak-anak.
“Ini kerana apabila anak-anak sudah meningkat remaja dan ibu bapa baru memulakannya sudah pastinya ia sukar dan anak-anak akan menganggap ibu bapa mereka membebel,” jelasnya yang meminta ibu bapa kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia.
Ini kerana asas utama dalam mendidik anak-anak adalah memberi pendidikan agama yang kuat kepada mereka
0 comments:
Post a Comment