Bung Moktar Tak Kisah Digugur, Tetap Setia Dengan UMNO

on Dec 3, 2011



Datuk Bung Moktar Radin, yang baru-baru ini menggesa Datuk Seri Shahrizat Jalil meletakkan jawatan berhubung isu projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) menegaskan, beliau akan tetap memberi sokongan padu kepada Umno jikapun  tidak terpilih menjadi calon pilihan raya umum ke-13.
Ahli Parlimen Kinabatangan ini memberikan komitmen untuk membantu calon bakal menggantikannya untuk meraih kemenangan agar Barisan Nasional (BN) dapat terus menguasai Kinabatangan.
Bung Moktar, 52, (gambar) yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, sokongan tersebut adalah sebagai membalas jasa dan pengorbanan mereka yang telah menyokong beliau selama ini.
“Jika saya tidak terpilih sekalipun, sudah tiba masanya untuk saya menyokong kembali calon-calon yang akan menggantikan saya kelak,” katanya dipetik Bernama Online.
Beliau juga merupakan Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BBC-BN) di Parlimen.
Dalam pada itu, Bung Moktar tidak menafikan bahawa masih berlaku perpecahan dalaman Umno di semua peringkat termasuk di peringkat bahagian dan cawangan.
Walaupun perpecahan itu tidak ketara, katanya, Umno harus berwaspada dengan musuh-musuh yang bertindak sebagai duri dalam daging.
Awal minggu ini, seorang lagi ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Aziz memberitahu bahawa masih wujud masalah dalaman dalam Umno dan ia termasuk beberapa negeri seperti Sabah dan Terengganu.
“Kalau musuh secara terang-terangan, kita tidak perlu bimbang sangat tetapi musuh yang berperanan sebagai duri dalam daging inilah yang boleh menghancurkan masa hadapan parti,” katanya Bung Moktar yang dipilih sebagai Ahli Parlimen kali pertama pada 1999.


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List