Operasi Kapal Selam Tercanggih Singapura Dirasmi

on Dec 3, 2011


OPERASI kapal selam tercanggih Singapura, RSS Archer, dirasmikan semalam, lebih dua tahun setelah ia dilancarkan di Sweden.

Sebelum tiba di Singapura Ogos lalu, kapal selam tersebut bersama anak kapalnya telah menjalani latihan dan ujian di Sweden.
Kapal selam kedua kelas Archer, RSS Swordsman, masih di Sweden bagi menjalani ujian kelautan.
Dalam hujan renyai-renyai di Pangkalan Laut Changi semalam, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, mengisytiharkan RSS Archer itu sebagai kapal perang milik Angkatan Tentera Laut Singapura (RSN).



Beliau menarik perhatian bahawa kapal selam kelas Archer itu, yang dilengkapi dengan perejangan bebas angin dan sistem sonar canggih, mempunyai ciri-ciri yang lebih sukar dikesan berbanding kapal selam terdahulu, iaitu kapal selam kelas Challenger.
Selain meningkatkan keberkesanan operasi RSN, kapal-kapal selam itu akan digunakan bagi 'membina keyakinan bersama angkatan-angkatan tentera lain' dan mengukuhkan kerjasama di rantau ini dalam kerja-kerja menyelamat berbilang hala, ujar Dr Ng.
Beliau menambah bahawa RSN akan terus membangun dan memodenkan keupayaan tentera maritimnya bagi melindungi kepentingan Singapura.
Dalam upacara semalam, Dr Ng juga mentauliahkan Leftenan-Kolonel Jack Nyeo sebagai Pegawai Komander RSS Archer.
Turut hadir di upacara itu ialah Setiausaha Parlimen Kanan (Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman; Panglima Angkatan Tentera Singapura (SAF), Leftenan-Jeneral Neo Kian Hong; Panglima Tentera Laut, Laksamana Muda Ng Chee Peng; serta para wakil angkatan tentera negara lain. 




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List