Mengapa Pemimpin Mahasiswa Sukar Masuk UMNO...?

on Dec 3, 2011




Exco Pemuda Umno Lokman Adam menyatakan pemimpin mahasiswa sukar menjadi ahli Umno kerana mereka mengharapkan jawatan dalam parti dengan segera.

“Budaya elitis sebegitu tidak dapat diterima di peringkat cawangan,” jelas Lokman yang juga pengerusi unit pidato Pemuda BN.

Beliau berkata demikian ketika ditemuramah Malaysian Observer semalam (http://mobtv.my/public_events-509.html) di Perhimpunan Agung Umno ke-62, 2011 di PWTC, Kuala Lumpur.

Untuk mengatasi masalah ini Lokman menjelaskan Pemuda BN menganjurkan pertandingan pidato seperti pertandingan debat piala Perdana Menteri.

Dalam debat tersebut peserta dibenarkan memberi sebarang pandangan sama ada menyokong atau menentang kerajaan.

“Kita cungkil bakat mereka, kursuskan mereka, buat siri jelajah,” katanya yang pernah menjadi Setiausaha AMK ketika dipimpin Senator Ezam Mohd Noor .
Lokman menambah bahawa mahasiswa yang terpilih tersebut diberi pendidikan politik.

Seksualiti Merdeka

“Dalam masa sama kita beri pendidikan politik sebab politik bukannya boleh belajar dari buku. Macam mana nak menang politik Umno cawangan dan bahagian tiada dalam buku,” tambah beliau.

Ketua Penerangan Umno PJ Utara Arman Azha Abu Hanifa turut ditemuramah dalam sesi ini.
Arman menyifatkan isu Seksualiti Merdeka sebagai suntikan untuk Pakatan Rakyat mendapatkan kembali sokongan.

“Ianya satu provokasi kerana transformasi BN lebih diterima masyarakat,” kata Arman yang pernah menjadi ketua Wira Perkasa.

Isu Seksualiti Merdeka menjadi isu hangat setelah bekas pengerusi Majlis Peguam Datuk S Ambiga dijadualkan merasmikan program hak asasi manusia yang diperjuangkan oleh golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Bagaimanapun, program tersebut dibatalkan oleh polis setelah mendapat bantahan dari pelbagai pihak.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List