DAP Akan Letak Calon Melayu...?

on Jan 20, 2012



DAP didakwa akan meletakkan calon Melayu di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bagi membolehkan mereka dilantik sebagai Menteri Besar jika pakatan pembangkang menang di negeri terbabit.

Selain itu, parti itu juga akan memilih calon berkenaan di negeri lain bagi memastikan mereka boleh dilantik sebagai Ketua Menteri. Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata mereka bertindak demikian berdasarkan kepada pengalaman pahit parti itu di Perak yang memenangi 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), berbanding lima (PAS), enam (Parti Keadilan Rakyat) tetapi terpaksa memberi jawatan Menteri Besar kepada PAS akibat tidak mempunyai calon Melayu.

 “Kali ini, DAP sangat strategik dan akan mengambil seorang atau dua calon Melayu untuk bertanding pada pilihan raya umum nanti supaya mereka dapat menjadi Menteri Besar sekiranya pakatan pembangkang menang di Perak.

“Saya melihat ia sebagai satu strategi mengoptimumkan kaum lain, termasuk Melayu… dan orang ramai dapat melihatnya dengan jelas,” katanya pada sidang media selepas merasmikan EcoGreen Tahun Baru Cina 2012 di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Mohamed Hata Wahari menjadi orang Melayu terbaru menyertai DAP.

Mengulas lanjut, Soi Lek berkata, kaum Cina yang menyokong DAP dengan harapan memperkukuhkan politik Cina ketika pilihan raya umum lalu sebenarnya memperkasakan PAS misalnya, di Perak dan Kedah.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List