PR Perlu Dibebaskan Dari Masalah Keluarga Azmin

on Jan 20, 2012

PR Perlu DIbebaskan Dari Masalah Keluarga Azmin


SUKA atau tidak (atau bagaimana kita mahu melihatnya), perlu diakui bahawa pelbagai masalah yang menimpa keluarga Timbalan Presiden PKR, YB Azmin Ali kebelakangan ini telah sedikit sebanyak menempek kesan yang negatif kepada parti tersebut dan Pakatan Rakyat secara keseluruhannya.
Daripada perbalahan terbuka antara Azmin dengan adiknya Umi Hafilda Ali, sehingga menjangkit kepada seorang lagi adiknya, Azwan Ali, semua ini telah sedikit sebanyak merosakan imej PKR dan Azmin Ali sendiri.
Mana tidaknya, bukan sedikit yang mempertikaikan kemampuan Azmin Ali menyelesaikan masalah negara yang lebih utama jika Pakatan Rakyat dipilih menjadi kerajaan di peringkat persekutuan kelak, kalau beliau gagal menyelesaikan masalah dalaman keluarganya sendiri.
Penulis lihat, dikala Azmin cuba menonjolkan Azwan sebagai ahli keluarga yang masih bersama-sama dengannya, Azwan pula mencipta masalah dengan Umi Hafilda dengan mengugut untuk ‘membunuhnya’, sehinggalah masalah tersebut berakhir dengan keduanya berpelukan meminta maaf disamping adegan deraian air mata.
Dari segi ‘roh’nya, eloklah kedua saudara bermusuhan ini berbaik semula tapi ini bukan setakat masalah ‘roh’ sahaja tapi ia turut sama memaparkan Azmin sebagai pemimpin no. 2 dalam PKR tapi jelas semakin terpinggir dari keluarga sendiri dengan ‘termeterainya’ perdamaian Azwan-Umi Hafilda.
Sudahlah penulis dikhabarkan yang Azmin tidak lagi bertegur sapa dengan ibunya sendiri!!!
Penulis benar-benar tidak pasti, malah tidak langsung peduli apa pun masalah dengan kaum kerabat Azmin Ali ini.  Yang penulis utamakan ialah bagaimana nak memastikan perbalahan keluarga ini berakhir tanpa Pakatan Rakyat terjejas dimana-mana.
Cukup mengenai adik beradik.
Telah sampai ke telinga penulis bahawa para blogger UMNO bersedia untuk melancarkan serangan ke atas isteri Azmin pula, Shamsidar Taharin.  Ia berkaitan dengan pemilikan saham sebuah syarikat oleh Shamsidar bernilai RM 20 juta, lebih 15 tahun lalu.
Tidak setakat Azmin, isu ini juga dikatakan berkaitan dengan Anwar yang ketika itu masih memegang jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, dengan Azmin sebagai Setiausaha Sulitnya.
Penulis bukan takut dengan ‘pendedahan’ sedemikian, apatah lagi siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sendiri tidak menemui sebarang salah laku dalam aduan yang dibuat oleh Umi Hafilda pada 2009 (walaupun hasil siasatan tidak pernah didedah SPRM).
Disamping, penulis pasti ia adalah satu lagi tuduhan tidak berasas yang bertujuan untuk menjatuhkan imej Anwar, Shamsidar dan Azmin sendiri.  Tapi yang penulis rungsingkan ia sekali lagi berpunca dari kaum keluarga Azmin Ali!!!
Persoalannya, sehingga mana dan sampai bila isu-isu berkaitan keluarga Azmin Ali ini akan terus melingkari PKR sebagai parti peneraju Pakatan Rakyat?
Penulis sedar, sebagai ahli  politik memang cabaran-cabaran sedemikian adalah lumrah, tapi kalau masalah itu asyik-asyik berpusat dan berlingkar dari satu punca (dalam hal ini keluarga Azmin Ali), apakah maksudnya itu?
Penulis menyeru kepada YB Azmin Ali, cubalah cari jalan terbaik untuk menyelesaikan masalah ini secara baik dan tidak membabitkan parti dalam masa yang sama.
Masalah keluarga Azmin ini sudah menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat, penulis tidak mahu dek kerana masalah ini, Azmin pula akhirnya nanti yang akan menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat dan PKR.



maklumat asal

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List