Anwar Cuba Bawa Masuk Duit Zionis Untuk PKR Berpilihanraya...?

on Sep 19, 2012





Maklumat memberitahu, Anwar telah ke London pada 17 September lalu dan dijangka pulang ke Malaysia pada 22 September 2012. Dengan kata lain, Anwar kini sedang menerima arahan dan ajaran saat-saat akhir daripada para guru, ikon, berhala dan tuan besarnya di luar negara.
Sudah terlalu lama timbul persoalan, apa sebenarnya yang Anwar Ibrahim cari di luar negara, siapa yang Anwar Ibrahim jumpa, apa motif sebenar kekerapannya ke luar negara, khususnya Eropah dan Amerika Syarikat. Persoalan-persoalan tersebut tidak pernah dijawab oleh Anwar Ibrahim mahupun konco-konconya. Sebaliknya, setiap kali perkara tersebut dibangkitkan, Anwar Ibrahim akan cuba mempersoalkan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor pula ke luar negara atas kapasiti peribadi mahupun rasmi.
Terlalu banyak pendedahan dibuat tentang Anwar Ibrahim dan pemergiannya ke luar negara. Bukti-bukti bergambar mahupun klip-klip video yang menunjukkan Anwar dan pemimpin-pemimpin Zionis tertentu dalam program-program yang dikenalpasti sebagai program untuk menjahanamkan negara-negara dan umat Islam, telah didedahkan, namun Anwar Ibrahim dan konco-konconya tetap menafikan yang keseluruhan operasi Pakatan Rakyat, khususnya PKR dibiayai oleh Zionis.
Anwar Ibrahim dan PKR cuba menyaingi Barisan Nasional dengan kemewahan. Apabila sudah terdesak, akhirnya Khalid Ibrahim yang menjadi kepala pembohong dengan mengatakan, PKR memperoleh kemewahan tersebut hasil pembiayaannya secara peribadi. Contoh terbaik adalah dalam kes bas dan treler mewah yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk berceramah di seluruh Semenanjung. Namun apabila dibuktikan bahawa pembiayaan tersebut datangnya daripada rompakan wang rakyat Selangor yang dilabelkan oleh PKR sebagai GERAN SELANGORKU, Khalid Ibrahim dan konco-konconya di Selangor pula yang mengelak atau melarikan diri.
Secara logik, kita boleh mempersoalkan dari mana sebenarnya Anwar Ibrahim memperolehi wang yang banyak bagi membolehkan dia terbang ke sana ke mari dengan begitu bebas. Dan secara logik juga, Anwar mempunyai dua sumber untuk tujuan berkenaan selain perbelanjaan buat program serta aktiviti partinya. Sumber pertama adalah domestik atau dalam negeri. Dan yang kedua adalah sumber dari luar negara.
Sumber dalam negeri seperti yang diketahui oleh semua pihak adalah dari Selangor. Rompakan demi rompakan yang dilakukan oleh Kerajaan Khalid Ibrahim sudah sampai ke tahap merosakkan negeri. Isu Talam Corporation, isu air, 50 lori compactor, lombong pasir, mineral dan pelbagai program angan-angan yang kononnya sebagai bantuan kepada rakyat seperti Program Warga Emas, semuanya itu memberikan pulangan yang bukan sedikit bagi membiayai kemewahan Anwar Ibrahim.
Manakala sumber kedua pula adalah dari luar negara. Bukan lagi rahsia bagaimana Anwar Ibrahim dan PKR mendapat bantuan khusus dan terus daripada George Soros, serta pemimpin Zionis lagi.
Adalah difahamkan, Anwar Ibrahim ke London kali ini untuk bertemu Al-Gore, bekas Naib Presiden Amerika Syarikat yang juga merupakan penyokong Gay terbesar dunia. Tujuan utamanya bertemu dengan Al-Gore di London adalah untuk mendapatkan dana bagi tujuan PRU13.
Gaya perbelanjaan mewah Anwar Ibrahim dan PKR telah menyebabkan akaun parti itu kosong. Dek kerana itulah, banyak aktiviti-aktiviti cabang PKR yang tidak dapat digerakkan. Semuanya berpunca daripada ketiadaan dana dan peruntukan. Ketiadaan peruntukan dan dana itulah yang mencetuskan pergaduhan dan permusuhan di dalam PKR sendiri seperti yang kita boleh saksikan dalam beberapa insiden konflik dalaman parti berkenaan.
Berapa banyak pula kali ini dana yang akan Anwar Ibrahim bawa balik dari Eropah untuk PKR dan Pakatan Rakyat? Apa pula program besar yang telah ditunjuk ajar oleh tuan-tuan Zionisnya untuk ditunjukajar kepada rakyat Malaysia pula? Dan apakah kekecohan yang akan Anwar Ibrahim lakukan demi mendapatkan perhatian daripada rakyat Malaysia sebagai cara promosi parti dan pakatan yang diterajuinya?
Dan yang sudah tentu amat menarik untuk dinilai ialah bagaimana Anwar Ibrahim mengarahkan konco-konconya agar memperhebatkan putar belit tentang keberadaan George Soros yang menjadi tulang belakang kepada PKR serta aktiviti beberapa kumpulan yang mahu dikenali sebagai NGO seperti SUARAM di negara ini.
Cubaan yang amat menarik iaitu tarik perhatian tentang George Soros untuk menutup atau melindungi Al-Gore pula!


sumber
Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List