Bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah sertai PKR

on Sep 19, 2012





Bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Sabah, Douglas Lind, turut mengisytihar penyertaannya dalam KEADILAN, kata Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Ignatius Darell Leiking.

Katanya, penyertaan Douglas yang juga seorang peguam terkenal dibuat serentak dengan pengisytiharan Ibrahim Menudin menyertai KEADILAN Sabtu lalu.
 

“Beliau pernah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Harris Salleh di era pemerintahan Parti Berjaya,” katanya kepada Keadilan Daily.
 

Selepas negara gempar dengan pengisytiharan dua Ahli Parlimen keluar BN bulan lalu, dua lagi tokoh tempatan Sabah meninggalkan Umno dan menyertai KEADILAN.
 

Mereka ialah bekas Bendahari Jawatankuasa Perhubungan Umno Sabah, Ibrahim Menudin dan Yahya Lampong.
 

Ibrahim, seorang tokoh korporat terkenal di Sabah adalah antara pemimpin tempatan yang terlibat dalam membawa masuk parti itu ke negeri berkenaan.
 

Pengumuman itu dibuat di hadapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan pemimpin utama parti di Kampung Tanjung Aru, Labuan.
 

Penyertaan Yahya pula diumumkan Anwar pada sambutan Hari Malaysia ke-49 di Restoran Singgah Singgarung, Tuaran dan disaksikan 10,000 rakyat negeri itu.
 

Perkembangan ini tentunya memberi tamparan hebat terhadap Umno BN selepas Ahli Parlimen Beafourt, Lajim Ukin dan Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing mengisytihar sokongan kepada Pakatan Rakyat.
 

Mengulas lanjut, Darell berkata, penyertaan berterusan pimpinan Umno Sabah menyokong Pakatan Rakyat membuktikan parti BN bakal tenggelam pada pilihan raya umum ke-13.
 

“Jika pengasas Umno pun keluar parti, ini menunjukkan parti ini bakal ditolak rakyat termasuk ahli dan pemimpin mereka sendiri.
 

“Mesej yang disampaikan Ibrahim Menudin sangat penting, tinggalkan Umno kerana rasuah kian busuk dalam parti itu,” katanya.
 

Darell berkata, Ketua Menteri Sabah hingga kini juga terpalit dengan skandal rasuah dan salah guna kuasa tapi dikekalkan oleh Najib .
 

“Mengekalkan pemimpin rasuah sangat memalukan. Saya seru ahli dan pemimpin Umno segera keluar dan bersama KEADILAN demi masa depan Sabah yang lebih baik.
 

“Pakatan menawar agenda lebih besar untuk rakyat melalui Buku Jingga,” katanya



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List