Anwar Ibrahim PM selepas Najib.

on Nov 29, 2012







Saya pergi ke Bachok disana ada pantai yang dinamakan pantai irama dan apabila ada pantai tentu ada nelayan, dulu nelayan digambarkan masyarakat miskin, kais pagi makan pagi kebanyakannya, tapi kini tidak lagi rata-rata nelayan sudah hidup mewah, Itu semua berkat kegigihan ibubapa mereka dulu mengharungi kehidupan dengan penuh keinsafan dan keimanan. Generasi baru mewarisi tradisi itu.

Tapi malangnya, kegigihan ibubapa dan nenek moyang mereka itu tidak dapat dihayati oleh sebahagian genersi diwaktu ini tentang kepahitan hidup yang dilalui oleh genersi terdahulu. Genersi hari ini lupa kerana didodoi oleh perubahan alam, mereka lupa penat lelah orang tua dulu-dulu, mereka ghairah kerana disuap dengan arus subsidi maka mereka lupa asal usulnya.

Mereka lupa bahawa kehidupan itu datangnya dengan keizinan Allah, mereka cuba menafikan bahawa hidup ini ada pelindungnya, mereka lupa kekayaan dan kemewahan tidak sengaja datang, mereka lupa setiap kejadian itu ada hikmat nya. Jesteru itu mereka sedang memaki alim ulama, merek lupa satu hari nanti mereka juga akan mati seperti nenek moyang mereka.

Diwaktu Najib makin resah, yang mana PRU akan tiba berbagai-bagai fitnah dilemparkan oleh mereka yang pro Kerajaan BN terhadap PR. Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi dihina dan dimaki hamun, mereka sudah hilang pertimbangan ugama semata-mata mahu menegakkan sebuah kerajaan yang hampir runtuh.

Di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Kuala Lumpur parti PR masih gah yang tidak mampu diubah oleh BN manakala Negeri Sembilan, Perak, Trengganu dan Sabah sudah boleh dikira akan jatuh kepihak PR dan Johor, Melaka serta Serawak sebahagiannya telah dapat ditembusi oleh PR.

Nelayan dan Petani masih setia dengan PR walaupun BRIM dan Subsidi dicurahkan untuk memikat undi oleh BN begitu juga dengan Peneroka yang dulunya teguh bersama BN kini mula goyang kerana genarsi kedua tahu nasib mereka tidak terbela hanya dengan RM5,000 pemberian perangkap samar pilihanraya.

Persoalan sekarang betulkah PRU13 ini, BN akan mendapat 120 kerusi Parlimen, sekiranya betul maka bernafas lagi lah BN dan masih ada peluang untuk penyangak dalam UMNO mencari peluang untuk memenohi saku dan memperkayakan diri. Dan apakah rakyat masih mahu membiarkan perkara sebegitu berlaku?

Tentu rakyat tidak mahu, para pemimpin BN manjadi rakus. Dan diatas kesedaran itulah anak-anak bangsa yang berada di ibu kota yang tiap-tiap hari melihat kerakusan dan rasuah yang dilakukan oleh para pemimpin politik kerajaan didepan mata akan pulang ke kampung halaman dan memberitahu ayah dan bonda supaya PRU13 jangan lagi sokong BN dan UMNO.

Dengan arus kota ke desa inilah kerusi yang dikatakan dimenangi oleh BN sebanyak 120 kerusi Parlimen akan menurun ke angka 97 kerusi termasuk Sabah dan Serawak. Jadi kesimpulannya keputusan PRU 13 nanti PR akan dapat 113 kerusi, Bebas 12 kerusi dan BN mendapat 97 kerusi. PUTRAJAYA milik PR.


yang ku dengar dan ku lihat

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List