Don't Talk Cock Larrrr Najib!!

on Nov 29, 2012







Oklah. Kalu nak kata PRU13 ni bukan experiment, memang aku setuju. PRU13 ini kita mesti buat keputusan.

Experiment ialah PRU12 yang lalu. 5 negeri (-1) telah dimenangi oleh Pakatan Rakyat. Apa dah jadi dalam tempoh 4 tahun + yang lalu?

Begini. Kita tengok saja Laporan Ketua Audit Negara terhadap 5 negeri ini (+ Perak selama 11 bulan PR perintah), apa kesimpulannya?

Ketua Audit Negara mendapati ke lima2 negeri itu selama di bawah Pakatan Rakyat telah menunjukkan prestasi yang amat cemerlang dari semua segi ie CAT (Competency, Accountability and Transparency). 

Macamana dengan negeri2 di bawah BN? Don't talk cock larrr Najib... 


Masa depan negara bukan bahan uji kaji - Najib
KUALA LUMPUR 29 Nov. - Masa depan negara bukanlah bahan uji kaji untuk rakyat mengambil risiko yang tinggi dengan menyerahkan negara kepada pihak pembangkang sebagai satu eksperimen.


Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata, tanpa penilaian yang betul, teliti dan kritikal, menukar kerajaan ibarat mengamanahkan tikus untuk membaiki labu.

"Kita ada mendengar pendapat yang mengatakan, apa salahnya memberi peluang kepada pembangkang untuk menang bagi dinilai kemampuan dan keupayaan mereka mengurus negara dan rakyat.

"Namun, ini adalah satu risiko yang amat tinggi kerana masa depan negara, keluarga dan anak-anak kita terlalu berharga untuk dijadikan bahan uji kaji," tegas beliau ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO ke-63, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata, lima tahun merupakan satu jangka masa yang lama dalam pentadbiran sesebuah kerajaan dan pelbagai bentuk kerosakan boleh berlaku jika ia diserah ke tangan orang yang salah.

Malahan tegas beliau, sesebuah negara yang berjaya pun akan gagal dan tersungkur. - UTUSAN


Kopitiam Bang Nan

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List