Hari ini aku meninggalkan gelangang perjuangan Umno untuk melakukan sesuatu yang lebih berfaedah untuk diriku sendiri.Cukuplah aku MENZALIMI DIRI AKU SENDIRIselama ini dengan meletakan kepercayaan dan sokongan aku terhadap pihak yang bertahun tahun menzalimi aku atas nama perjuangan dan kesetiaan aku kepada parti.Betul kata seorang sahabat kepada aku baru baru ini yang sebenarnya Umno tidak zalim tapi kita sendiriMENZALIMI DIRI KITA SENDIRI dengan meletakan sokongan kepada Umno sedangkan tiada tempat dan ruang dalam Umno untuk orang orang macam kita ini...kita bukan "gang".Benar sekali apa yang dikatakan sahabat...
Seharian di PWTC semalam cuba menjiwai kembali saki baki perasaan terhadap Umno yang masih ada dalam diri ini akhirnya menemukan aku kepada erti setiakawan dan perjuanganyang sebenar.Siapa sebenar kawan kita....dan bila diri kita ini dianggap kawan kepada mereka?Ibarat "salesman kereta"...budaya Umno tak banyak berbeza,berapa banyak kereta yang pernah kita jual tidak akan diambilkira walaupun ianya pernah buat taukeh kita jadi kaya raya ...tapi yang penting berapa banyak yang mampu kita jual hari ini dan berapa yang boleh kita jual esuk,lusa dan seterusnya.Itulah yang membuatkan Negarawan saperti Tun Mahathir berjauh hati lalu keluar dari Umno semasa pemerintahan Pak Lah.Jadi apa sajalah akublogger tua ahli Umno taraf phariah...jika pada Tun Mahathir pun Umno mampu melakukan saperti itu.
Di PWTC hari ini dan didalam Dewan Merdeka nanti kita akan dapati ribuan "Umat Umno"yang pernah 22 tahun mencium tangan Tun M semasa beliau memerintah...kemudian nya mengkhianati dan mencerca beliau sepenggal semasa mereka bersekongkol dengan Pak Lah...dan kini kembali mencium tangan Tun M kerana merasakan Tun Mahathir adalah"KUASA DISEBALIK KUASA" yang ada dalam Umno hari ini.
Itulah Umno yang kita lihat hari ini yang menjerit melolong mengaku masih membawa "wadah dan semangat " Kongres Melayu 1946 bila lahirnya sebuah "PERTUBUHAN MELAYU KEBANGSAAN" yang kini telah di transformasikan menjadi tidak lebih dari sebuah parti poltik yang sama tarafnya dengan Pas,PKR,DAP dan apa jua parti politik yang ada besar mahupun yang kecil oleh golongan jenis PENCIUM TANGAN ini yang hanya berminat untuk mendapatkan kuasa sambil mengumpul kekayaan diri sendiri.Maka hilanglah ROH satu satunya Pertubuhan Orang Melayu yang ditubuhkan oleh orang orang Melayu melalui Kongres Melayu 1946.Itu sepatutnya perbezaan diantara Umno dengan mana mana parti politik yang wujud atau yang telah berkubur selama ini.
Jadi kembali kepada tajuk artikel ini "Menang sorak kampung tergadai"..suka aku nak mengingatkan Umno dalam keghairahan mereka bertempek sorak di PWTC untuk beberapa hari yang akan datang akan REALITI yang menanti mereka dalam mengharungi pertempuran dalam peperangan PRU13 nanti dengan tentera Pakatan Rakyat.
Bilamana gong dipalu...setelah semboyan dibunyikan...bila wisel ditiupkan oleh @NajibRazak menandakan peperangan 14 hari telah bermula...perlumbaan larian 14 hari menuju Putrajaya dilepaskan....ADA KEJUTAN DEMI KEJUTAN yang akan dilakukan tentera Pakatan Rakyat.Semua "senjata ampuh" yang selama ini disembunyikan akan mereka gunakan sepenuhnya untuk menyerang Umno/BN habis habisan.Terus terang aku katakan...setelah aku mengetahui 7 dari 11 "senjata ampuh" yang bakal digunakan mereka kelak...aku yakin tidak akan ada jawapan (atau tidak sempat untuk dijawap) baik dari jentera perang Umno/Barisan Nasional mahupun Tentera Siber mereka.Bila semua ini mereka gunakan dalam tempuh berkempen 14 hari nanti,Umno/Barisan Nasional aku ibaratkan macam Rakyat Palestin di Gaza yang menerima hujanan peluru dari Israel bertali arus tanpa boleh berbuat apa apa.
Sekejapan PERSEPSI RAKYAT YANG RAMAI akan berjaya mereka ubah untuk menyokong Pakatan Rakyat dan menolak Umno dan Barisan Nasional melalui kertas undi kelak termasuklah ribuan ahli Umno yang membanjiri PWTC hari ini dalam Perhimpunan Agung Umno 2012.Tak percaya????
Kita tunggu dan lihat.....
P/S : Aku ingat nak kongsi jugaklah apa yang aku tahu tentang 7 senjata dari 11 yang mereka ada tapi sebab aku ini cuma ANJING pada Umno selama ini...nasib koranglah..Carilah jawapan nya sendiri sebab ada pihak pihak yang dah aku bagitau mengenai ini.
aku peduli apa
0 comments:
Post a Comment