Jangan Menipu

on Nov 30, 2012





Nama Perdana Menteri Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak bermain dibibir rakyat diwaktu ini. Pertama kerana beliau baru menyelesaikan memberi ucapan dasar kepada perwakilan UMNO dalam Persidangan Agong UMNO yang sedang berlangsung sekarang. Boleh jadi ucapan beliau yang terakhir sebelum PRU13 sebagai Presiden UMNO.


Saya berkata boleh jadi ucapan beliau yang terakhir kerana selepas ini PRU akan diadakan selewat2nya pada April 2013 nanti dan memandang 'mood' rakyat hari ini besar kemungkinan BN akan kalah pada PRU13 itu.

Meneliti ucapan dasar Dato' Najib, tidak ada perkara baru yang dicetuskan bagi menaikkan semangat untuk rakyat bangkit memberi sokongan kepada UMNO dan Kerajaan, yang bersemangat hanyalah lebih kurang 5,000 orang perwakilan yang memenohi dewan merdeka PWTC, itu pun kerana diarah supaya tidak membangkitkan isu-isu yang panas yang boleh merosakkan agenda 'menipu' yang akan dibawa oleh UMNO pada PRU.

Penipuan pertama yang jelas apabila wakil Kelantan yang membahas ucapan dasar Presiden dengan mengatakan bahawa team bolasepak Kelantan TWR menang 3 piala musim ini kerana UMNO sedanghkan seluruh rakyat Kelantan tahu kemenangan itu kerana kesepakatan seluruh rakyat Kelantan memberi sokongan dan dokongan kepada KAFA yang dipimpin oleh Tan Sri Anuar Musa.


Diantara pemimpin yang mencorakkan pasukan bolasepak Kelantan pada awalnya yang membantu Tan Sri Anuar Musa selaku Presiden KAFA ialah Dato' Jazlan Yaakob, Timbalan Presiden KAFA, Encik Nordin, Setiausaha Agong KAFA, Dato' Rosmadi Ismail, bersama  Encik Nik Ismail, Naib2 Presiden dan pada waktu itu saya dilantik oleh Tan Sri Anuar Musa selaku Pen. Bendahari KAFA dan KAFA tidak dibawah naungan UMNO Kelantan.

Keduanya nama Dato' Najib bermain dibibir rakyat Malaysia hari ini kerana kenyataan yang telah dibuat oleh usahawan karpet iaitu Deepak Jaikishan yang mendedahkan bahawa Dato' Najib terlibat dalam urus niaga tanah yang kini sedang dibicara di Mahkamah Kuala Lumpur.

Lebih daripada itu keluarga Najib juga disebut terlibat dalam kes P. Balasubarmaniam yang telah menjadi rahsia umum soal pemalsuan kenyataan beramaran yang diikrarkan beberapa tahun dulu yang mana dikaitkan pula dengan kes 'Pembunuhan Altantuya' yang masih mistri walaupun Mahkamah telah menjatuhkan hukuman mati kepada Azilah dan Sirul pegawai polis unit tindakan khas yang sehingga kini masih belum dihukum.

Apakah isu ini sengaja didedahkan kerana mahu mengaibkan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO kerana diwaktu ini UMNO menghimpunkan jenteranya seluruh Negara, maka Deepak lantas membuat kenyataan akhbar dan  mengaitkan nama PM Najib dan Keluarganya.

Lebih suspen apabila ada baris-baris dalam lapuran media bahawa ada orang yang sanggup menjadi saksi bagi mengatakan perkara sebenar disebalik trajedi tersebut. Dengan itu maka banyak persoalan sedang dibincang sekarang kerana ia merangkumi tiga perkara besar yang menjadi tandatanya oleh rakyat.


1. Isu tanah yang ada kaitan dengan projek Kementerian Pertahanan semasa Najib jadi menteri yang dikatakan ada penglibatan tokoh wanita UMNO.

2.  Isu Akuan bersumpah kedua yang dibuat oleh P. Balasurbaniam, pegawai penyiasat persendirian yang ditarik balik secara tergesa-gesa akuan bersumpah yang pertama yang dikaitkan dengan Dato' Najib.

3.  Isu pembelian kapal selam 'scorpene' yang dikaitkan dengan rasuah berjuta-juta ringgit menyebabkan Razak Baginda, kawan rapat PM Najib menjadi yang populor sedikit masa dulu.

Sepatutnya dikesempatan ribuan kedar UMNO berada di ibu kota, satu lapuran polis hendaklah dibuat terhadap Deepak supaya siasatan dapat diadakan, adakah betul kenyataan yang dibuat oleh Deepak berhubung dengan perkara yang melibatkan keluarga PM Najib dalam urusan membantu P.Balasurbaniam membuat akuan bersumpah seperti yang disebutkan itu.


UMNO tidak sepatutnya membiarkan isu ini dijadikan modal oleh rakyat mempertikaikan kejujuran UMNO dalam membendung isu-isu yang membuat rakyat resah dan tertanya-tanya. Sesuai dengan slogan yang diwar-warkan iaitu Rakyat didahulukan.

Rakyat mahu tahu, adakah kenyataan Deepak itu benar adanya penglibatan keluarga PM Najib atau Deepak sengaja mengadakan isu untuk mengaibkan PM Najib. Inilah masanya yang sesuai bagi UMNO untuk memadamkan ketiga-tiga isu yang sekiranya dibiar ianya akan berlangsung sehingga PRU13 kelak.

 Rakyat sedang menunggu dan menuntut penjelasan sama ada dari PM Najib atau pun UMNO kerana Dato' Seri Najib adalah Presiden UMNO.


yang ku dengar dan ku lihat

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List