Perwakilan PAU 2012 Ada Berani Ke Nak Suarakan Pampasan RM207 Billion Mangsa Keretapi Maut...?

on Nov 30, 2012






Pemuda PAS mencabar perwakilan Perhimpunan Agung Umno (PAU) membangkitkan isu pampasan RM207 bilion untuk mangsa keretapi maut jika benar parti itu memperjuangkan hak orang Melayu.

Ini kerana, selepas lebih lapan tahun wang itu diterima kerajaan, sehingga kini wang pampasan dari kerajaan Jepun itu tidak diserahkan kepada mangsa atau waris mereka.

"Kami sekali lagi mencabar perwakilan Umno untuk membangkitkan persoalan ini di dalam ucapan-ucapan mereka di dalam POU 2012!" kata Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia.

Anggota Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan mangsa atau waris yang terlibat dalam pembinaan landasan keretapi maut di Nong Pladuk di Kanchanaburi, Thailand ke Thanbyuzayat di Burma (kini Myanmar).

Landasan itu dibina sepanjang tempoh 1942 hingga 1946 yang melibatkan rakyat Malaysia dan hampir 70 peratusnya adalah berbangsa Melayu masih belum mendapat pembelaan.

Landasan keretapi sepanjang 415 kilometer dibina selepas penaklukan negara Jepun di Tanah Melayu dan Singapura dahulu.

Sebagai tanda kekesalan, kerajaan Jepun telah membayar wang itu sebagai pampasan kerana memaksa penduduk negara ini terlibat dalam pembinaan landasan itu.

Namun, walaupun diterima pada tahun 2004 lalu, sehingga kini wang itu tidak diserahkan kerajaan kepada mangsa atau waris.

"Dewan Pemuda PAS  tertunggu ucapan di dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) Malaysia 2012 kali ini yang akan membangkitkan keluh kesah rakyat negara ini kerana yang pernah terlibat menjadi mangsa seramai 72,000 orang," kata Raja Iskandar (gambar).

Ini bermakna Umno yang dikatakan membawa slogan ‘Janji Diterpati’ perlu memastikan pampasan yang telah diberikan oleh kerajaan negara Jepun pada tahun 2004 perlu diberikan kepada mangsa ataupun waris keluarga yang terlibat. 

"Kami mendesak Umno yang menjadikannya sebagai teras membela bangsa Melayu membawa isu besar ini yang masih tiada kesudahan jika benar-benar ingin mengotakan janji-janji mereka," katanya.

Apa yang telah didedahkan oleh Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin di dalam Dewan Rakyat tempohari berkaitan sejumlah pampasan RM207 Bilion menjadi  persoalan sehingga kini yang masih tidak terjawab, tambah beliau.

"Persoalan kami, dimanakah ‘wang darah’ yang telah diserahkan oleh kerajaan negara Jepun tersebut sebagai pampasan kepada semua mangsa dan juga waris keluarga mereka yang terlibat sebagai buruh paksa ketika itu? 

"Kenapakah Kerajaaan Malaysia tidak menjawab persoalan ini termasuk di dalam Dewan Rakyat sehingga kini?

"Kami mendesak mana-mana perwakilan Umno membangkitkan perkara ini," katanya.

Jesteru, jika tiada mana-mana perwakilan yang berani untuk membawa isu ini, terbukti Umno tidak mampu membela rakyat yang tertindas dan juga gagal menepati janji-janji mereka selama ini yang telah lebih 55 tahun memerintah negara, tegas beliau.



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List