Selain dari berita di bawah ni, Che Det juga bercerita tentang Geneva Gold,Reformasi, Perdagangan Matawang dan macam2 lagi....Hehe! Takut bebenor BN kalah. Atau tanda tanda berkubur BN pada PRU 13 nanti...!
Dr M: Banyak demonstrasi jika PR tewas PRU 13
Oleh Clara Chooi
Dr M: Banyak demonstrasi jika PR tewas PRU 13
Oleh Clara Chooi
Penolong Pengarang Berita
November 26, 2012
November 26, 2012
KUALA LUMPUR, 26 Nov — Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi amaran sekali lagi kepada rakyat Malaysia tentang kekecohan di jalan raya jika Pakatan Rakyat (PR) tewas pada pilihan raya akan datang serta menunding jari kepada musuh politik utamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) yang akan menggunakan demonstrasi untuk kepentingan diri sendiri.
Beliau turut mendakwa pembangkang sudah mula merancang untuk mencipta kekecohan dengan menghasut kumpulan pro PR supaya bangkit menolak keputusan pilihan raya sekiranya Barisan Nasional (BN) kekal di Putrajaya.
Namun mantan perdana menteri tersebut masih percaya BN akan dapat memperoleh semula majoriti dua pertiga di parlimen “ketika ini”, tetapi pada masa sama memberi amaran tentang taktik Anwar jika ramalannya itu benar.
“Persediaan Anwar (untuk pilihan raya) ialah (mengadakan) demonstrasi jalanan.
“Tanpa Anwar, tidak akan ada demonstrasi.
“Sejak Anwar keluar (daripada penjara), berlakunya demonstrasi,” kata Dr Mahathir semasa satu sidang akhbar selepas menghadiri forum tentang perang dan konflik di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.
Dr Mahathir juga menuduh Anwar semasa menjadi timbalannya di dalam kerajaan dahulunya juga menentang keras sebarang tunjuk perasaan jalanan.
“Tapi selepas dia keluar... ini (demonstrasi) menjadi strategi untuk dirinya berada di Putrajaya,” tambah Mahathir.
0 comments:
Post a Comment