Kabinet rupanya pernah luluskan akta tukar agama...?

on Dec 3, 2012




Aku nak tengok macam mana dorang spin dan tergolek2 mempertahankan perkara di bawah neh. Aku nak tengok lagak dorang dalam mempertahankan KEPUTUSAN yang pernah DILULUSKAN OLEH KABINET BARISAN NASIONAL. Sebut betul2, KABINET BARISAN NASIONAL.

KAH KAH KAH 

Baca bawah jap ;




Keterangan.

1. Majlis raja2 telah memutuskan untuk menangguhkan satu akta yang telah diluluskan oleh kabinet pada tahun 2009.

2. Akta apa tue? Owhh akta tukar agama.

3. Apa ada dalam akta tukar agama? Owhh antara yang dinyatakan dalam akta itu ialah ;

- Ibu bapa yang tukar agama tidak semestinya perkahwinan mereka terbubar.

- Alasan tukar agama tidak sepatutnya menjadi alasan perkahwinan mereka dibatalkan ataupun menyebabkan mereka tak dapat menjaga anak masing2.

- Kanak2 mesti kekal dalam agama asal meskipun selepas ibu bapa nya berkahwin. Maksud kat sini berkahwin lain la. Pasangan yang dah ada anak. Aku tak pasti samada ia terpakai untuk seme agama tetapi aku percaya itulah yang berlaku sehingga majlis raja2 masuk campur dan tangguhkan keputusan yang dibuat oleh kabinet pada tahun 2009. 

- Menurut Harussani pula ;
Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, dipetik berkata dalam Islam, mana-mana bapa atau ibu menganut Islam, anak mereka dengan sendirinya beragama Islam kecuali yang sudah berumur lebih 15 tahun boleh memilih agamanya sendiri.      
Maksud tuan mufti ialah mana2 ibu atau bapa yang menganuti islam, anak mereka secara sendirinya adalah menganuti islam.. kecuali bagi anak2 yang dah berumur lebih dari 15 tahun..  mereka bebas tentukan agama sendiri. 

- Dan menurut penasihat majlis agama islam johor pula ;
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, pula menegaskan, bapa lebih berhak dan anak mesti mengikut agama yang dianuti bapa.

"Apabila baligh mereka boleh menentukan agama yang ingin dianutinya, sama ada kekal dalam Islam atau sebaliknya," katanya. 

Yang aku faham dalam statement di atas ialah bapa lebih berhak dan anak2 mesti mengikuti agama bapa mereka. Itu kalau bapa mereka seorang muslim. Kalau bukan? Kalau bapa dia sendiri yang convert dalam situasi neh bagaimana? Hehehe.

Selepas tue katanya lagi, selepas baligh anak2 boleh tentukan samada mahu dalam islam ataupun sebaliknya. Wahhhhhhh aku suka dengan keputusan ini. Pasal ia boleh menyelesaikan beberapa perkara berbangkit terutamanya anak2 yang lahir dari hasil kahwin campur yang terheret dengan pertelingkahan agama antara ibu dan bapa.. 

Contohnya bapa muslim dan ibu convert keluar ke agama asal.. [murtad, kembali ke agama asal sebelum muslim].. sebab tiada undang2 untuk mencegah murtad jadi anak2 yang lahir dari perkahwinan ini akan terheret dengan pertelingkahan ibu bapa. 

Masing2 nak jadi hero dan heroin konon masing2 la wira dan terbaik untuk anak masing2. Padahal kalau fikirkan perasan anak, dorang dari awal lagi takan buat masalah, bercerai berai dan menyusahkan anak2. Aku tak spesifickan untuk ibu bapa or pasangan2 yang dah bercerai berai oke. Aku tujukan untuk pasangan2 yang suka buat hal dan menyusahkan pasangan2 masing2 dan sehingga menyusahkan anak2 mereka.

Apa yang membuatkan aku rasa perkara ini boleh diperhalusi sebab ia memang merujuk kepada situasi semasa. Benda dah berlaku, masalah dah timbul dan wujud, jadi langkah2 yang boleh menyelesaikan masalah berbangkit perlu dikemukakan. So kalau tanya aku, aku agak setuju dengan pendapat ini. Jap. Ini bukan mulut nurul izzah yang bercakap oke. Hehe. 

Fikirkan juga, jika perkara sebaliknya pula yang berlaku.. iaitu bapa yang convert [murtad kembali ke agama asal sebelum muslim] dan ibu pula kekal muslim.. jadi situasi nya pasti berbeza kan? Anak2 kekal dalam agama bapa dan selepas baligh boleh pilih samada nak kekal dengan agama itu ataupun masuk islam. Bukan kah itu yang sepatutnya aku faham menerusi kenyataan di atas?

Kesimpulan.

Yang aku nak tunjukkan ialah heyyyy kabinet rupanya pernah luluskan akta tukar agama ek? Wooorr ia ditangguhkan sampai kini sebab berikan laluan kepada majlis raja2 untuk perhalusi akta di atas. Ada konflik disitu sebab katanya melanggar hukum islam. Dan kabinet apa tue yang luluskan? Psttt.. kabinet barisan nasional namanya. 

Dan heyyyy kenyataan ini lebih keras dan mendekati definisi murtad berbanding nurul izzah bukan? BTW, aku sokong nurul izzah sebagaimana aku sokong akta ini. Ia boleh menyelesaikan konflik kesan dari perkahwinan campur. Tapi dengan syarat ia perlu lalui beberapa pindahan terutamanya bila seseorang tue convert = murtad dari islam. Jelas?

Tapi mungkin bloggers umno sedang pening nak counter attack. Nak buat macam mana.. apabila seseorang menentang sesuatu yang dia sendiri tak jelas.. maka beginila keadaan nya. BODOH sama macam pemimpin anda. Tahun 2009 tue najib jadi pm. Jadi najib pun sama BODOH bila dia fitnah PKR dan Nurul Izzah bukan2 dalam PAU 2012. Cakap tak tengok fakta bahawa kabinet dia telah luluskan pindahan akta tukar agama. 

kah kah kah   

Psttt.. Sumber dari berita harian oke. Bukan suara keadilan jauh sekali harakah. Bai.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/12/jakim-umno-jamil-khir-nasruddin-najib.html#ixzz2DxOcglui



Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List