Najib bersedialah Deepak akan bongkarkan kesemuanya

on Dec 3, 2012




CAP TANGAN NAJIB dalam skandal penipuan tanah Kem Pertahanan


Suka atau tidak, cap jari Perdana Menteri Najib Razak berada di segenap skandal rasuah terbaru Umno yang bakal didedahkan - penipuan Kementerian Pertahanan ​​ yang melibatkan Ketua Wanita Umno Selangor Raja Ropiaah Raja Abdullah, peniaga permaidani, Deepak Jaikishan, dalam penswastaan tanah untuk mendirikan pusat penyelidikan pertahanan yang dicadangkan tetapi masih belum siap serta tanah bernilai RM400 juta pada harga semasa.
Deepak yang berusia 40 tahun merupakan kawan baik isteri Najib, Rosmah Mansor, bertukar menjadi 'wisel blower' pada pasangan tertinggi Negara itu apabila firmanya Astacanggih Sdn Bhd mendapati telah "ditipu" atas sebahagian tanah yang dibeli dari Awan Megah (M) Sdn Bhd milik Raja Ropiaah. Tanah itu telah diswastakan oleh Kementerian Pertahanan kepada firma Ropiaah.

"Tanpa kebenaran Najib, Raja Ropiaah tidak akan dianugerahkan kontrak itu oleh Kementerian Pertahanan," Deepak memberitahu Malaysia Chronicle.

Memintas Kabinet
Menurut Deepak, Najib mengabaikan Kabinet apabila dia meluluskan permintaan Ropiaah untuk memindahkan hak milik tanah daripada Awan Megah kepada syarikat nomini supaya memudahkan penjualan kepada Astacanggih.

"Ini adalah satu fasal yang luar biasa kerana tanah itu adalah milik kerajaan, Najib sepatutnya meminta kelulusan Kabinet. Tetapi dia mengarahkan kakitangannya untuk mengeluarkan surat kelulusan bagi membenarkan geran dipindahkan kepada Cebur Megah Pembangunan Sdn Bhd (firma penama). Anda boleh katakan bahawa dia telah menyalahgunakan kuasanya, "kata Deepak.

Untuk menyokong tuntutan itu, Deepak menunjukkan salinan surat dan laporan polis yang telah dibuatnya terhadap Raja Ropiaah dan syarikatnya. Diantara surat itu, salah satu merupakan dari Awan Megah bertarikh 25 Sept 2006, yang ditandatangani oleh Ropiaah sebagai pengerusi firma dan dialamatkan kepada Najib sebagai Menteri Pertahanan. Dalam surat ini, Ropiaah memohon kebenaran untuk memindahkan geran kepada Cebur Megah, yang diberi jaminan adalah 100% milik Awan Megah.

Tindakan awal Najib merupakan arahan kepada Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu Abu Bakar Abdullah yang dapat dilihat dengan jelas pada surat - En Abu Bakar, TKDU, Saya tiada halangan ke atas permintaaan ini. Sila uruskan secara rasmi.

Kementerian Pertahanan, melalui Abu Bakar mengeluarkan kelulusan bertulis kepada Awan Megah melalui surat bertarikh 6 November 2006.

"Semua ini merupakan maklumat awam. Kami menyaman Awan, Megah, Kementerian Pertahanan dan para pegawai Pejabat Tanah dan Galian dan semua dokumen-dokumen ini telah difailkan di mahkamah. Tiada persoalan tentang pelanggaran kerahsiaan, hanya banyak perkara yang luar biasa dilakukan sesetengah pihak," tambah Deepak lagi.
Tiada tender terbuka, hanya 20% siap
Malah, keseluruhan perjanjian tidak jelas. Pertama, walaupun Ropiaah kekurangan pengalaman dalam hal-hal pertahanan, firmanya telah dianugerahkan projek RM100mil untuk membina Puspahanas atau Pusat Pengajian Pertahanan Nasional pada tahun 2005.

Menurut Deepak, tiada tender terbuka telah dibuat oleh Kementerian Pertahanan yang diketuai oleh Najib pada masa itu.

"Anda tidak boleh menganggap Ropiaah memenangi kontrak. Tiada tender telah dibuka. Awan Megah dianugerahkan kontrak itu walaupun tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam penyelidikan pertahanan," kata Deepak.

Puspahanas bertujuan menjadi sebuah pusat penyelidikan yang serupa dengan MI5 di Britain. Di bawah rancangan penswastaan​​, Awan Megah akan membina pusat itu dan sebagai pertukaran, Kementerian Pertahanan akan memberikan firma itu 3 bidang tanah di Bukit Raja, Selangor bernilai kira-kira RM72 juta atau RM7 satu kaki persegi. Walau bagaimanapun, sehingga kini, hanya 20% sahaja daripada Puspahanas telah dibina.

Najib pada masa itu juga merupakan Timbalan Perdana Menteri pada masa Abdullah Badawi menjawat jawatan Perdana Menteri.

Sedarlah Najib, Deepak akan bongkarkan kesemuanya
Firma Deepak, Astacanggih yang telah membuat perjanjian untuk membeli kesemua 3 bidang tanah dari Ropiaah pada RM12 setiap kaki persegi atau kira-kira RM120 juta – merasa telah dikhianati kerana kontrak itu "terbengkalai" dan menghalangnya untuk membangunkan tanah seperti yang telah dirancang.

Menurutnya lagi apa yang lebih teruk, Ropiah telah menjual salah satu bidang tanah kepada pihak lain iaitu Guppy Unip Sdn Bhd untuk RM2 juta dalam bentuk wang tunai dan RM16 juta dalam bentuk kemudahan overdraf sebagai sebahagian daripada "usahasama" dengan firma pembuatan plastik itu.

Deepak berkata, dia pada mulanya merayu kepada Najib untuk campur tangan dan mempercepatkan pemindahan hakmilik. Tetapi kerana Najib bersikap "tidak bertanggungjawab" dan "tidak melakukan apa-apa", dia terpaksa membuat laporan polis pada bulan Julai.

"Saya akan mendedahkan lebih banyak maklumat apabila ia sudah sedia. Bagi Najib, perkara yang terbaik harus dilakukannya adalah untuk memberi penjelasan tentang perkara itu kerana dia terlibat secara langsung," kata Deepak, yang juga menuduh ahli keluarga Najib mengambil keuntungan berjuta-juta ringgit sebagai ‘komisyen’ untuk membenarkan penswastaan​​.

Firma Deepak juga menyaman Kementerian Pertahanan, para pegawai di Pejabat Tanah dan Galian, Raja Ropiaah dan Awan Megah bagi tindakan spesifik, tidak melepaskan geran dan "mencuri tanah".

Deepak enggan mendedahkan berapa banyak kerugian yang telah ditanggung olehnya sepanjang perjanjian penswastaan ​​itu, tetapi menurut sumber-sumber yang arif dengan transaksi itu, dia mungkin telah kerugian sebanyak RM30 hingga 40 juta disebabkan oleh firma Raja Ropiaah.

"Dia mendapat habuan sebanyak 30 hingga 40 juta daripada wang Deepak," sumber itu juga mendakwa.

Rasuah dan skandal menghantui pemimpin wanita Ummo yang glamor
Pemimpin Wanita menonjol yang dikenali dengan pakaian glamornya itu enggan mengulas lanjut tetapi menegaskan bahawa dia akan merujuk perkara itu kepada peguamnya.

"Pada ketika ini, saya tidak ingin mengulas tetapi akan membiarkan peguam saya mengendalikan perkara itu. Deepak telah mencanangkan banyak perkara. Kami mahu tahu apa tuduhannya dan akan mengambil langkah seterusnya dari sana," kata Raja Ropiaah kepada Malaysia Chronicle.

Pada bulan April, Ropiaah dilantik sebagai Senator oleh Najib yang juga presiden Umno, di tengah-tengah kemelut tekanan untuk memecat ketua Wanita, Shahrizat Jalil, yang juga kehilangan jawatan sebagai Menteri Wanita selepas dituduh rasuah secara besar-besaran melibatkan RM250 juta dalam skandal lembu dan kondominium NFC.

Untuk beberapa bulan, sayap wanita Umno, yang kini melangsungkan kongres tahunan di Kuala Lumpur, sedang sibuk dengan cakap-cakap bahawa Ropiaah bakal menggantikan Shahrizat. Walaupun selepas pemilihan, perwakilan Wanita yang mengundi secara tradisinya akan mengikut kehendak kepimpinan tertinggi parti seperti yang dihasratkan oleh sayap utama.

"Raja Ropiah, sama sahaja seperti mentornya Shahrizat Jalil. Perbezaannya ialah Shahrizat tidak meletakkan namanya atas apa-apa pun, tidak seperti Ropiaah," kata Deepak.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List