Daim Tertekan Dengan Pendedahan Anwar...?

on Mar 26, 2013





Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin mengatakan dirinya tidak mempunyai masalah dengan Anwar Ibrahim sehinggalah pemimpin KEADILAN itu menuduhnya sebagai ketua konspirator yang menyebabkan dirinya tersingkir dari kerajaan.
Menurut Daim lagi, sebelum Anwar mengeluarkan kenyataan tersebut, beliau agak rapat dengan ahli parlimen Permatang Pauh itu dan pernah bertindak memberi tunjuk ajar kepadanya tentang hal ehwal pengurusan ekonomi.
“Baiklah, jawapan saya kepada Anwar — saya bukan Cassius. Saya mungkin kurus tetapi saya bukan kemaruk. Pastinya saya juga bukan Brutus,” kata Daim dalam satu wawancara bahagian kedua bersama New Straits Times yang disiarkan hari ini.
“Apabila Anwar mendakwa yang saya adalah konspirator, beliau tahu hal sebenar bahawa saya tidak memainkan peranan, apa juga peranan pun,” tambah beliau lagi.
Daim juga menafikan tuduhan Anwar beliau membawa keluar RM2 bilion wang tunai dengan pesawat.
“Tentulah saya seorang yang bodoh dan berapa banyaklah wang tunai RM2 bilion? Mungkin memerlukan beberapa buah lori untuk mengangkutnya,” tambah Daim lagi.
“Bagi penyokongnya, biarpun jika beliau memang melakukan apa yang beliau dituduh, walaupun di depan mata mereka, mereka tetap tidak akan percaya. Bagi mereka semuanya konspirasi,” katanya.
Daim merupakan Menteri Kewangan dari 1984 hingga 1991 dan sebagai Menteri Tugas-tugas Khas pada 1998 sebelum dilantik semula sebagai Menteri Kewangan dari 1999 hingga 2001.
Anwar merupakan bekas timbalan perdana menteri dan menteri kewangan sebelum dipecat oleh Mahathir Mohamad pada tahun 1998.
Beliau meninggalkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) untuk menyertai Umno yang dipimpin oleh Mahathir pada 29 Mac 1982 sehingga menjawat jawatan timbalan presiden Umno pada 1996 sebelum dilucutkan jawatan dan keahlian Umno pada tahun 1998.

Persoalan yang timbul adalah, mengapa baru sekarang semuanya mahu dibongkar sedangkan Anwar sudah lama mendedahkan Daim adalah antara tiga pemimpin Umno yang berusaha keras menyingkirkannya semasa fitnah liwat pertama pada 1997.

Apakah niat Daim hanya untuk mempertahankan diri atau terpaksa menjadi 'pencacai atasan' kerana sudah mengetahui BN akan kalah dalam pilihanraya umum nanti?

Mengapa Daim tidak menafikan satu transkrip yang bocor semasa mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno pada 5 November 1998)?

Cukuplah Daim, jangan kamu terus menabur fitnah kerana tiada apa lagi yang tertinggal bila Umno hilang kekuasaan di Putrajaya!


transkrip yang bocor

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List