Konspirasi Mahathir jatuhkan Anwar Dan Hukuman Terhadap DSAI, Salah Guna Kuasa Atau Rasuah...?

on Mar 26, 2013



Ini adalah transkrip ucapan Mahathir kepada beberapa orang ahli Freemason di dalam UMNO termasuk beberapa orang ahli Majlis Tertinggi iaitu Daim Zainuddin, Sabaruddin Chik, Sanusi Junid, Ibrahim Ali, Mohamed Rahmat dan Rafidah Aziz. Turut hadir ialah Rahim Tambi Chik dan Ghaffar Baba. Tempat pertemuan ialah di Sri Perdana pada hari Khamis, 5 November 1998.

Transkrip ini bocor menerusi saluran di Pejabat UMNO) Nota: Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998 dan dipenjarakan pada 14 April 1999.

 "Saya nak memaklumkan kepada tuan-tuan yang hadir pada malam ini beberapa perkembangan yang berlaku di negara ini dan langkah-langkah yang perlu kita ambil untuk mengatasinya. Pertama tentang sokongan terhadap Anwar oleh orang-orang UMNO. Daripada maklumat yang saya terima, banyak orang UMNO di peringkat cawangan semakin menunjukkan tanda-tanda memihak kepada Anwar.

 Banyak kali saya dimaklumkan yang ketua-ketua cawangan yang menjadi ahli Pas. Mereka berkempen memburuk-burukan pemimpin-pemimpin UMNO. Setiap hari saya menerima laporan daripada UMNO Bahagian tentang isu ini. 

Dalam hal ini saya ingin meminta kerjasama tuan-tuan supaya membendung perkara ini daripada terus berlaku. Kita kena faham dalam isu ini, ahli-ahli UMNO sebenarnya marah dengan pimpinan UMNO yang kononnya menurut pendapat mereka, pimpinan parti telah menganiaya Anwar. Sebab itu mereka marah. 

Saya tak nafikan mereka ini penyokong Anwar sejak dulu lagi. Mereka keluar UMNO sebab mereka nak tunjuk protes. Dengan berbuat demikian mereka harap mereka dapat menyampaikan sesuatu signal kepada pucuk pimpinan parti. Kita kena faham mereka ini tak boleh bersuara cara lain. Saya fikir hal ini mudah kita atasi.

 Kita sejukkan hati mereka. Kita buatlah apa-apa muslihat supaya mereka ini dapat lepaskan geram dan marah mereka kepada UMNO dalam UMNO. Sebelum ni kita larang mereka dengan alasan menentang parti. Sebab itu saya meminta supaya Ketua-Ketua UMNO peringkat bahagian kena ambil tanggungjawab ini. 

Dengar mereka marah, sabarlah dengar dengan protes mereka. Kalu mereka boleh bersuara nanti lembutlah sikit. Kemudian kita tabur janji pada mereka nak sampaikan kepada pucuk pimpinan parti bila ada kesempatan. Saya ingat mereka cepat sejuk cara macam ni. Jangan kita takut-takutkan mereka dengan ancaman atau tindakan disiplin parti sebab lawan Presiden.

 Sebab itu saya tak setuju dengan keputusan Jawatan Kuasa Disipln UMNO yang diketuai oleh Datuk Najib dan Datuk Abdullah dalam isu tindakan yang dikenakan kepada ahli-ahli UMNO yang diberi surat tunjuk sebab kerana ini akan menjadikan UMNO parti yang tak disayangi oleh ahli-ahli. 

Nanti mereka sabotaj UMNO. Saya mahu keputusan itu ditangguhkan supaya mereka itu ada reserve terhadap UMNO. Kalau kita pecat mereka, mereka akan masuk parti lawan. Nanti pengikut-pengikut mereka pun akan turut masuk parti lawan. Susahlah kita nak hadapi pilihanraya. Isu kedua tentang bagaimana kita nak hadapi orang UMNO yang terus memberi sokongan kepada Anwar. 

Saya fikir soal ini masih belum dapat kita cari penyelesaian yang sebaik-baiknya. Dulu kita arahkan jentera parti supaya berkempen hentam Anwar. Kita kata macam-macam tentang keburukan Anwar. Ada banyak yang kita tambah pun. 

Nampaknya dari laporan yang saya terima strategi tu tak begitu berkesan. Mungkin kerana bila kita hentam orang jadi simpati pada Anwar. Orang Melayu ni mudah simpati, itu kita mesti ingat.

 Dulu kita tak teliti soal ini sebab tiba-tiba saja Anwar tak nak letak jawatan. Sebab tu saya akuilah bahawa saya bertindak pada masa tu lebih banyak ikut emosi. Geram tenguk kepala batu tu. Jenis tak takut bila kita gertak. 

Saya nak supaya round kedua ni kita lebih diplomatik sikit. Kita kata Anwar memang pemimpin yang banyak berjasa.

Sumber dari: http://kiff-isme.blogspot.com/2013/03/konspirasi-mahathir-jatuhkan-anwar.html





HUKUMAN TERHADAP DSAI, SALAH GUNA KUASA ATAU RASUAH?

Hukuman kerana salah guna kuasa ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1999 adalah silap kerana pihak pendakwaan telah memalsukan bukti dan membuat penipuan melalui tindakan pegawai penyiasat ketika itu, Tan Sri Musa Hassan dan pendakwa raya ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dakwaan itu dibuat melalui sepucuk surat terbuka, yang dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, hari ini, oleh bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Menurut Mat Zain, Musa (kiri) dan Abdul Gani melakukan penipuan berkenaan untuk manfaat bersama mereka. Kedua-dua mereka kemudiannya telah dinaikkan pangkat. Musa menjadi Ketua Polis Negara manakala Abdul Gani pula menjadi Peguam Negara. Musa bersara baru-baru ini.

“Disokong dengan dokumen-dokumen dan keterangan yang ada dalam milik dan pengetahuan saya sendiri, saya berpendapat bahawa sabitan salah ke atas Anwar dalam pertuduhan salahguna kuasa ke atas beliau, telah diperolehi oleh pihak pendakwaan melalui jalan penipuan dan pemalsuan yang telah dilakukan dengan niat bersama oleh Gani Patail dan Musa Hassan untuk faedah bersama mereka. 

“Tidak salah untuk menyatakan hukuman penjara yang Anwar telah lalui adalah penganiayaan terhadap beliau oleh mereka berdua,” katanya dalam surat itu.

“Dengan berat hati saya menyatakan,bahawa terdapat beberapa kenyataan mustahak (bekas perdana menteri) Tun (Dr Mahathir Mohamad) dalam bab 53 “Doctor in the House”, khususnya menyentuh berkaitan siasatan kes mata-lebam dan tindak-tanduk Pendakwa Raya dalam perkara sama, adalah berbeza dengan fakta terkandung dalam fail siasatan rasmi yang dibuat pada 1998.

“Saya percaya pekara ini boleh berlaku akibat Tun telah diberikan maklumat atau taklimat yang telah dimanipulasikan dan mengelirukan,” tulisnya lagi.

“Sebagai seorang yang terlibat secara langsung menangani isu-isu berkenaan serta mempunyai pengalaman bersemuka dan berinteraksi dengan semua ‘pemain-pemain utama’ perkara dalam persoalan ini, terutamanya Dr Mahathir sendiri, Gani Patail, Musa Hassan, Anwar Ibrahim, selain daripada Pesuruhjaya-Pesuruhjaya Suruhanjaya Di-Raja siasatan mata-lebam dan juga PM Najib, maka saya mampu menegaskan, bahawa segala pendedahan fakta yang saya buat dalam surat keluaran ini dan juga dalam beberapa banyak surat terbuka saya sebelum ini, tidak pernah lari sedikit pun daripada landasan kebenaran,” katanya.

Mat Zain telah terlibat secara langsung dalam isu-isu mengenai pendakwaan Anwar Ibrahim pada tahun 1998. Maka, kemungkinan keterangan dan pendedahannya ini mungkin juga benar. Sekiranya ini benar,telah jelaslah di mata kita bahawa memang terdapat penyalahgunaan kuasa dalam bidang polis dan juga kehakiman terhadap Anwar Ibrahim.

Apa kata anda mengenai pendedahan ini pula?

sumber

Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List