Tun Daim Zainuddin (TDZ) mahu DS Najib menang, Anwar Ibrahim tidak layak jadi PM. Kenapa? Ikuti pemikiran TDZ....
TDZ, 74 tahun, tokoh politik dan ekonomi serta korporat sangat berpengalaman sejak tahun 1960an lagi. Sudah tentu TDZ tahu kualiti dan tahap piawaian Najib dan Anwar Ibrahim.
"Beri Najib peluang. 5 tahun. Cuba Najib. Bagi Najib mandat. Najib telah buat kerja bagus. Mari lihat Najib deliver dan sambung polisi transformasi.
Anwar Ibrahim telah diberi peluang tapi mensia-siakan peluang. Saya mahu Najib menang. Saya tidak fikir Anwar Ibrahim calon yang layak untuk jadi PM.
Saya percaya Anwar Ibrahim akan memporakperandakan negara dengan mendapat nasihat IMF, World Bank, Wolfowitz dll.
BN akan menang. Sasaran BN patut dua pertiga. UMNO ada 3.3 juta ahli. MCA ada 1 juta. MIC ada 600,000 ahli. Itu sudah separuh pengundi.
BN perlu sokongan dari atas pagar. BN perlu letak calon baru dan bersih boleh diterima pengundi.
BN perlu perpaduan. Kekal bersatu, setia dan jangan sabotaj. BN berpengalaman. Kita mengalami krisis dan berbagai krisis dan kita cepat pulih.
Beritahu orang Cina kita tidak boleh cuba-cuba eksperimen. Lihat di sekililing. Lihat Jepun, Lihat UK. Study apa yang berlaku.
China dan Jepun adalah kawan sejati kita semasa krisis kewangan Asia. China tidak menurunkan tukaran mata wangnya. Jepun memberi kita soft loan US5 bilion.
US tidak mahu menolong kita atas banyak sebab. Anwar Ibrahim lebih mirip kepada US.
Sekarang jika berlaku sesuatu kepada ekonomi kita, US dan negara Eropah tidak akan peduli kerana mereka juga sedang bermasalah ekonomi.
Jika kita tunduk kepada kehendak US apa pula kawan-kawan kita (China dan Jepun) fikir? Mereka yang jujur menolong kita sewaktu kita susah tapi tidak US yang mahu menenggelamkan kita.
China sekarang ekonomi ke dua besar dunia dan semakin membesar. US cuba mencari pengaruh di Asia Pasifik mahu mengimbangi China.
Sekarang sudah berlaku krisis ekonomi di Eropah dan US. Jepun. China, India, Brazil dan Rusia sudah mula memperlahan.
Kita tidak mahu pasukan yang salah untuk mengurus ekonomi.
Bahaya jika kita pilih orang yang tidak berpengalaman, yang tidak berupaya mengurus krisis ekonomi yang lepas. Bahaya besar bila ekonomi kita jatuh, tiada siapa mahu menolong kita. US dan Eropah tidak akan menolong kita kerana mereka pun susah ekonomi.
Saya bimbang Anwar Ibrahim tidak ada pengetahuan mendalam tentang ekonomi. Selalu memerlukan orang untuk bertanya. Apa yang mahu difikir dan apa yang mahu dibuat.
Tiada satu pun idea besar dari Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi Selangor. Paling teruk Selangor telah mengurus dengan teruk isu air membuatkan pemaju, pelabur dan rakyat Selangor marah.
Kenapa Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang tidak melantik Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi jika Anwar brahim bagus sangat ekonomi.
Berfikir serious. Fikirlah tentang masa depan kita.
PKR adalah parti one man show. Hanya berjuang untuk Anwar Ibrahim. Banyak slogan. Keadilan dan samarata untuk siapa? Dalam isu Palestine, PKR menyokong Israel.
PKR adalah parti lahir di jalanan maka budaya jalanan tetap diamalkan. PKR suka demonstrasi jalanan. Banyak demonstrasi. PAS sebelum ini tidak begitu. Juga DAP sebelum ini tidak begitu.
Jika Pakatan Rakyat kalah PRU 13, mereka akan kata BN tipu dan menyalahkan BN serta SPR.
Anwar Ibrahim selalu berkata akan berlaku Arab Spring di Malaysia jika Pakatan Rakyat kalah PRU 13 kerana berlaku "penipuan". Jika Pakatan Rakyat kalah PRU 13 maka itu lah alasan demontrasi ala Arab Spring."
0 comments:
Post a Comment