Anwar dedah dokumen penerbangan pengundi hantu hari ini...?

on May 2, 2013




KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mendedahkan senarai syarikat penerbangan yang dipercayai digunakan Umno BN untuk membawa masuk warga asing bagi mengundi pada PRU 13.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal memberi sebarang jawapan atas dakwaan yang dibuat. Saya memiliki segala dokumen syarikat penerbangan yang terlibat dan akan mendedahkannya semasa sidang media esok,” katanya dipetik TV Selangor pada program Jelajah Merdeka Rakyat di Taman Dagang,di sini pagi tadi.

Hadir sama, calon KEADILAN Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, calon KEADILAN Parlimen Ampang, Zuraida Kamarudin dan calon DAP DUN Teratai, Tiew Way Keng.

Dalam pada itu, Ketua Umum KEADILAN itu turut menyelar tindakan Umno-BN yang sering menggunapakai taktik kotor untuk memastikan pentadbiran negara terus berada di bawah cengkaman mereka.

Anwar berkata, pimpinan Umno-BN sepatutnya menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan dan bersedia menerima sebarang keputusan yang telah ditetapkan.

“Sudah-sudahlah dengan penipuan ini dan biar rakyat putuskan semasa 5 Mei nanti. Datuk Seri Najib Razak tidak perlu takut kerana kalau Umno-BN kalah sekalipun, beliau tetap ada jawatan sebagai Ketua Pembangkang.

“Setiap pengundi harus keluar mengundi dan buatlah pilihan yang tepat. Kita harus usaha untuk pastikan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) bagi mengelakkan negara daripada terus ditadbir oleh pemimpin tidak telus seperti Umno-BN,” katanya lagi. ~ KD


Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List