PETALING JAYA, 2 Mei — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pejabat Perdana Menteri (PMO) mendalangi kemasukkan sejumlah besar pengundi diragui daripada Sabah dan Sarawak ke semenanjung Malaysia.
Anwar berkata kemasukkan besar-besaran pengundi tersebut ketika negara akan menghadapi pilihan raya umum pada 5 Mei ini sangat mencurigakan.
“Kemasukkan kumpulan ini dan saiz mereka yang sangat besar ketika negara akan menghadapi pilihan raya sangat mencurigakan.
“Saya ingin bertanya adakah mereka yang dibawa masuk ini bertujuan untuk mengundi Barisan Nasional pada pilihan raya umum ini,” kata ketua umum PKR itu pada sidang media di ibu pejabat PKR disini.
Menurut Anwar lagi, berdasarkan maklumat yang diperoleh pihaknya sebanyak 16 penerbangan direkodkan daripada Sabah dan Sarawak, khususnya dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu.
“Ada juga antaranya dibawa dengan jet jumbo... jumlah penerbangan ini setiap hari adalah lebih banyak daripada penerbangan semasa musim mengerjakan haji.
“Berdasarkan kiraan kami, kira-kira 4,500 penumpang telah diterbangkan ke KLIA hampir setiap hari sejak penamaan calon lalu kecuali pada 25 April dan 1 Mei,” tambah Anwar.
Kebanyakkan mereka yang diterbangkan ini telah mendarat di Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Bayan Lepas dan juga Senai, kata Anwar.
JPM bawa ribuan warga asing masuk untuk mengundi
(Anwar bersama Datuk Husam, Teng Chan Khim dan Dr Rani dalam sidang media hari ini) |
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bekerjasama dengan Pejabat Perdana Menteri dan beberapa agensi kerajaan terlibat dalam operasi membawa masuk ribuan penduduk dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia untuk mengundi.
Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pihaknya mempunyai bukti berhubung kemasukan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan sewa khas.
Pihaknya juga mendapat maklumat mengenai kenaikan mendadak kemasukan
warga asing dari Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar melalui Bukit Kayu Hitam dan juga dari Indonesia melalui Pelabuhan Klang.
Mengikut pengiraan pihaknya, sebanyak 16 penerbangan dibuat dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia menggunakan jumbo jet iaitu sebanyak 4,500 penumpang tiba di KLIA setiap hari bermula 25 April hingga 1 Mei.
Ini bermakna sebanyak 40,500 orang tiba di KLIA dalam tempoh ini.
"Dokumen dari MAS ada penerbangan banyak sekali yang dimport khas termasuk jumbo jet 747 dari Kuching dan Kota Kinabalu ke KLIA.
"Kita dapat maklumat penerbangan ini diuruskan oleh JPM dan ada tandatangan menteri.
"Ini dibimbangi dilakukan untuk pilihan raya pada 5 Mei ini," kata beliau pada sidang media di Ibu Pejabat PKR bersama pemimpin PAS dan DAP, dekat sini hari ini.
Pengarah Imigresen nafi rakyat asing dihantar ke depot Selangor untuk mengundi
KUALA LUMPUR, 2 Mei – Jabatan Imigresen Malaysia telah menafikan dakwaan rakyat asing dari Sabah dan Sarawak telah dihantar ke depot imigresen di Selangor untuk mengundi bagi pilihan raya 5 Mei ini.
The Malaysian Insider difahamkan diantara 25,000 dan 28,000 rakyat asing dari Malaysia Timur sekarang ini ditahan di pusat tahanan imigresen Semenyih, Sepang dan Lenggeng, menunggu untuk mengundi di Selangor pada Ahad.
“Jawapnnya tidak,” kata Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Alias Ahmad kepada The Malaysian Insider dalam satu kiriman teks pesanan ringkas (SMS) hari ini.
“Malah, angka-angka ini (sic) menurun di depot,” katanya, merujuk kepada bilangan tahanan di pusat tahanan imigresen Selangor.
0 comments:
Post a Comment