NAJIB SILAP STRATEGI KATA DAIM ZAINUDDIN

on May 28, 2013




Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin berkata Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib Tun Razak telah silap strategi, yang menyebabkan kerugian kepada parti itu dalam pilihan raya umum lalu.

Satu lagi sebab utama yang merugikan Barisan adalah pergaduhan dari dalam parti, kata Daim dalam satu temu bual dengan akhbar Cina, yang telah turut dipetik oleh blog seorang wartawan veteran Datuk Abdul Kadir Jasin.

Temuduga tersebut kemudiannya diterbitkan semula dalam beberapa portal berita.

Daim, yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata Najib banyak bergantung pada populariti peribadinya untuk membantu Barisan mendapatkan kembali majoriti dua pertiga Parlimen yang hilang pada tahun 2008.

"Ini adalah satu pilihan raya parlimen, bukan pilihan raya presiden.

"Penasihat PM harus dipecat. Jika anda berkata undi BN adalah sebagai undi untuk dia (Najib), maka keputusan teruk yang dicapai BN turut terpalit pada dirinya juga," kata Daim, sambil menambah parti itu cuba untuk melawan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kehadiran orang ramai yang lebih besar dalam setiap program BN.

"Ia adalah urusan yang serius dalam memilih kerajaan, jadi biarkan saja strategi itu hanya dibuat oleh badut sahaja dan jangan ikut cara permainan mereka," kata Daim, yang juga menyalahkan kegagalan BN kerana isu peruntukan sumber dalam usaha untuk menawan kerusi bandar dan majoriti Cina.

"Kawasan-kawasan majoriti Cina merupakan kawasan hitam, BN sepatutnya tidak membuang masa dan wang kepada kerusi-kerusi ini tetapi lebih menumpukan kepada kawasan-kawasan yang mereka kalah dengan majoriti tipis pada tahun 2008 dan mengukuhkan kerusi yang mereka menangi pada tahun 2008.

"Terlalu banyak masa dan wang juga yang disia-siakan di kawasan bandar kerana keputusan di situ hampir pasti (kalah),"kata Daim, mengulas mengenai perbelanjaan yang besar untuk majlis makan malam percuma dan persembahan konsert bertaraf bintang anjuran Kelab Kebajikan 1Malaysia Pulau Pinang pada minggu-minggu sebelum hari pengundian.

Daim berkata BN sepatutnya memberi tumpuan kepada isu-isu yang dekat di hati rakyat, seperti rasuah, urus tadbir yang baik, keselamatan, pendidikan, kadar inflasi, penduduk miskin di bandar dan graduan muda.

Beliau menyifatkan keputusan teruk BNdi Selangor kerana masalah perbalahan dan sabotaj, sehingga menyebabkan banyak pemilihan calon-calon yang tersilap telah dipilih.

Barisan memenangi 12 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri di Selangor, kurang daripada kemenangan 2008 iaitu sebanyak 20 kerusi.




Photobucket

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List