
Menara Berkembar Petronas adalah bangunan yang menjadi kebanggaan rakyat kita. Hasil kerja arkitek Argentina Cesar Pelli dan Djay Cerico di bawah penyeliaan Syarikat Julius Gold. Kita harus bersyukur kepada Tuhan, kerana bangunan itu masih berdiri megah tidak seperti beberapa binaan lain Negara kita yang amat menghampakan. Stadium runtuh Gong Badak, perhentian bas runtuh Kuala Berang, bangunan retak Matrade, pasaraya runtuh Jaya Supermarket, tragedi Highland Towers dan tidak lupa siling bocor di Bangunan Parlimen.

Ramai yang telah melaporkan bahawa Pavilion Malaysia sering menghadapi gangguan elektrik, dan kebocoran bumbung yang menyebabkan banjir yang kecil setiap kali hujan menimpa Shanghai. Mungkinkah itu sebahagian daripada rekabentuk untuk menunjukkan kepada dunia kejadian banjir yang sering menimpa Negara kita? Dengan kos mencecah RM35 juta, kami tidak dapat mencerna mengapa boleh berlaku masalah-masalah seperti itu.
Kami juga bingung akan mengapa Kementerian Pelancongan menyertai expo berkenaan, mungkin kerana tidak mahu ketinggalan dengan Negara-negara lain yang menyertainya. Apa yang lebih membingungkan adalah dakwaan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong (gambar kiri) bahawa pemberian kontrak dibuat secara "direct nego" dengan Venturepharm Sdn Bhd sedangkan tender terbuka telah dibuat sebanyak dua kali, dan yang paling membingungkan, mengapakah kontrak berkenaan diberi kepada Venturepharm Sdn Bhd yang merupakan sebuah syarikat farmaseutikal! Seperti yang sering kami canangkan, kami tidak dapat memahami tindakan-tindakan kerajaan 1Malaysia.
Menurut Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang telah mengunjungi Pavilion berkenaan, makanan yang disajikan dalam Pavilion disediakan oleh tukang masak asing yang tidak berapa mahir dengan cara masakan tempatan. Mungkinkah tukang masak diambil dari India, seperti restoran Mamak di Negara kita? Menurut Teresa lagi, Pavilion Malaysia gagal untuk menampilkan identiti Negara, gagal untuk mempromosi sejarah, budaya, imej, dan barangan buatan tempatan. Yang kelihatan cuma promosi-promosi agensi pelaburan Persekutuan seperti MIDA dan Matrade.

Menurut Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang telah mengunjungi Pavilion berkenaan, makanan yang disajikan dalam Pavilion disediakan oleh tukang masak asing yang tidak berapa mahir dengan cara masakan tempatan. Mungkinkah tukang masak diambil dari India, seperti restoran Mamak di Negara kita? Menurut Teresa lagi, Pavilion Malaysia gagal untuk menampilkan identiti Negara, gagal untuk mempromosi sejarah, budaya, imej, dan barangan buatan tempatan. Yang kelihatan cuma promosi-promosi agensi pelaburan Persekutuan seperti MIDA dan Matrade.

Pada 29 Mac, Pegawai Penyelaras projek ini, Mohd Majidi Amir atau nama yang digunakan di dalam facebook GumpPunkis Magdamir membuat pengakuan bahawa "aku terlibat last minute untuk pastikan teknikal dan kebajikan artis terjaga dan aku rasa kalau korang berada di tempat aku, korang akan balik awal sebab tekanan daripada pihak penganjur yang nak cover kelemahan mereka, hari2 aku terpaksa menahan sabar dan cuba berkompromi seprofesional mungkin kerana aku berdepan dengan bukan anak2 kecik tapi mereka yang memegang kuasa-kuasa besar sampai aku diugut menggunakan nama menteri, patriotisme kami dipertikaikan kerana taknak bersubahat dengan kesilapan yang 'mereka' lakukan, aku tak heran sapa diorang kerana bagi aku yang penting keselamatan artis dan kebajikan diorang terjaga."
Kita lihat bagaimana negara-negara lain mempromosikan pavilion masing-masing.
Mereka sememangnya mementingkan ciri senibina dengan penerapan seni yang begitu tinggi nilainya. Bukan sebuah bangunan Minangkabau yang atapnya mencecah lantai dengan corong asap di tengah-tengah.

Menurut laporan Bernama 11 September 2010, Ng Yen Yen telah menyatakan jumlah pengunjung ke Pavilion tersebut sehingga 10 September 2010 adalah sebanyak 4.715 juta orang. Majalah Forbes pula melaporkan bahawa sehingga 1 September 2010, sebanyak 47 juta orang telah mengunjungi Expo tersebut. Cuma 10% daripada pengunjung Expo berkenaan mengunjungi Malaysian Pavillion. Ng Yen Yen turut menyatakan bahawa hasil jualan Malaysia di Pavilion tersebut adalah sebanyak RM309, 073.00, yang bermakna setiap pengunjung membelanjakan purata RM0.065.
Kami terkesima membaca laporan Bernama tersebut bertajuk "Souvenir Sales At Malaysian Pavillion At Shanghai Expo Reaches RM230,317". Kerajaan 1Malaysia telah membelanjakan RM35 juta untuk mempamerkan D-24, Tarian Singa, Gendang 24 1Malaysia, jualan kuih bulan dan Pertunjukan Orkestra.

Mungkin cubaan terakhir, sekurang-kurangnya Malaysian Pavillion di Shanghai Expo 2010 masih berdiri megah tanpa segan silu tidak seperti bumbung Stadium Gong Badak di Terengganu. Terasa satu sensasi panas di kedua belah pipi apabila mengucapkan baris itu. Terasa umpama menipu diri sendiri. Mungkin semua ini cuma sementara, mungkin selamanya, hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Mederkareview
0 comments:
Post a Comment