Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan rasa terima kasih yang teramat sangat kepada Jawatankuasa Kerja Sahabat Suaram (FOS) negeri Johor, Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) atas jemputan dan memberi peluang kepada Parti Sosialis Malaysia (PSM) membincangkan dan membicarakan isu yang cukup menarik dan panas ini.
Kita hari ini berdepan dengan satu zaman yang penuh menarik. Politik Malaysia yang untuk beberapa dekad ini yang lesu dan tenang, tiba-tiba bergelora dan dinamik. Tsunami politik 2008 membawa bersama perubahan tetapi masih tidak berjaya menumpaskan rejim pemerintah yang memerintah sejak kemerdekaan. Ini adalah zaman transisi iaitu zaman perantaraan antara dua rejim. Persoalan adalah: Adakah rejim lama UMNO-BN akan terkubur atau sebaliknya? Adakah ia dapat memperkukuhkan diri dan kembali memerintah dengan mandat baru? Seterusnya
0 comments:
Post a Comment