Tak payahlah guna raja untuk menang pilihan raya.....

on Oct 29, 2010


Saya sangat gembira dengan berita Malaysiakini hari ini bertajuk "Pengelola: Tiada program Sultan Kelantan di Galas". Saya gembira kerana saya meluat habis dengan perbuatan guna raja untuk kepentingan parti politik. Sambil tidak menafikan raja juga ada kecenderungan politik, parti politik meminta mandat dari rakyat. Apa kena mengena dengan sokongan raja?

Cukuplah Umno yang menggunakan istana sebagai kubu terakhirnya apabila kalah dan tidak memerintah dalam sesuatu negeri. Parti-parti lain tak payahlah buat kerja bodoh tu.

Saya berkata demikian kerana di Kedah, ada dakwaan bahawa Exco tertentu ditugaskan main golf dengan sultan sebagai kerja rasmi. Setahu saya, Sultan Kedah tahu bidang tugasnya. Di samping Sultan Terengganu yang kini menjadi Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Kedah adalah salah seorang dari tiga raja yang masih ada perasaan hormat di hati saya terhadap mereka - setakat ini. Oleh kerana Sultan Kedah tak pernah melampaui bidang tugasnya, tak payahlah nak bodek lebih-lebih sampai main golf dengan dia pun jadi tugas rasmi.

Saya teringat kata-kata Haji Mohamad Sabu, "(Tun) Dr Mahathir (Mohamad) tak main golf pun semua raja takut kat dia".

Sebagai parti yang menawarkan alternatif kepada Umno, tugas PAS ialah membuktikan kepada rakyat bahawa ia lebih baik dari Umno. Berkempenlah dengan cara yang meyakinkan rakyat bahawa Umno mempunyai penyakit yang lebih buruk dari PAS - walaupun sama-sama berpenyakit. Dengan cara itu, rakyat boleh memilih mana satu mudharat yang lebih ringan di antara PAS dan Umno.

Pandangan saya secara peribadi, PAS adalah mudharat yang lebih ringan dari Umno. Umno ni, seperti yang ditulis oleh Dr Mahathir sendiri, dah busuk hingga ke usus (rotten to the core atau dah buruk habis).

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List