Teringat beberapa minggu yg lepas..penyokong atau lebih tepat blogger fanatik Umno cuba memanipulasi gambar mesra Tok Guru bersama Tuanku Sultan Kelantan..Gambar yg memaparkan Tuanku Sultan memberi penghormatan (laluan) kepada Tok Guru Nik Aziz di'pusing'nya mengikut selera nafsu mereka...
Dituduhnya Tuanku Sultan telah 'mengajar' Tok Guru kononnya tidak tahu protokol, perkara biasa org yg lebih muda menghormati org yg lebih tua dan pelbagai lagi alasan2 mereka..kononnya nk menggambarkan penyokong PAS terdesak mahu menonjolkan hubungan akrab pihak istana dan kerajaan negeri..kononnya gambar itu menunjukkan Sultan sindir dan tidak berkenan dengan Tok Guru Nik Aziz..
Boleh rujuk di SINI dan di SINI...kisah sebenar sebagaimana yang diceritakan oleh blogger Topeng Perak yg berada di tempat kejadian boleh dilihat di SINI...
Apakah SPIN mereka untuk kali ini??...sama2 kita saksikan...;)
Program: Majlis Pelancaran Sambutan 20 Tahun Kerajaan PAS Kelantan
Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, dinobatkan sebagai Tokoh 20 Tahun Membangun Bersama Islam sempena ulang tahun Kerajaan Kelantan ke-20.
Sempena penganugerahan itu, Tuan Guru menerima cenderahati daripada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V, pada acara yang penuh bersejarah itu.
Penganugerahan itu juga sebagai simbolik beliau menjadi tunjang pada pentadbiran Kelantan yang kini Menerajui Perubahan.
Saat biodatanya dibaca oleh penyair terkenal Kelantan, Abdul Hadi Yusof, Tuan Guru tidak dapat menahan sebaknya.
Turut hadir berangkat pada majlis itu, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Terdahulu, Sultan Kelantan telah berkenan merasmikan ulang tahun pentadbiran kerajaan Kelantan tepat jam 10.30 malam pada program yang diadakan di Kelantan Trade Cantre (KTC).
Tuan Guru sewaktu berucap pada majlis tersebut mengimbau kembali sejarah kemenangan kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah pada tahun 1990 sehingga ianya turut menjadi perhatian dunia.
Katanya, Kelantan tiba-tiba sahaja menjadi perhatian dunia bukan hanya kerana menang bersih pada pilihan raya 1990, sebaliknya berusaha mengamalkan dasar Islam dalam pentadbiran.
“Ramai yang mencela, ramai yang menyindir kerajaan Kelantan hanya mampu bertahan hanya tiga bulan, kemudian akan bankrap dan jatuh.
“Namun hari ini tuan-tuan dapat saksikan sendiri dengan pertolongan Allah yang tidak pernah menzalimi hamba-Nya sentiasa membantu dan terus membantu kerajaan negeri hingga berjaya sampai kini,” ujarnya.
Sementara itu, Wan Mohd Hanif Wan Mohammad, memenangi pertandingan mencipta logo sempena sambutan ulang tahun ke-20 itu.
Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yaacob, Speaker Dun Kelantan, Datuk Mohd Nasharuddin Daud, anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Adun dan ahli Parlimen.
Secara umumnya, sambutan program itu penuh dengan aktiviti keagamaan yang bermula dengan menunaikan solat Maghrib, solat sunat hajat yang diimamkan sendiri oleh Tuan Guru.
Gambar yang bisa buat penyokong Umno meracau dan meroyan....???
Copy & Posted By mahi on Oct 22, 2010
0 comments:
Post a Comment