PAU: Berapa ramai yang sedar diri.....???

on Oct 22, 2010


Perhimpunan Agung UMNO sedang berlangsung dengan hangat. Ucapan Presiden yang berapi-api dan mengandungi pelbagai falsafah, nasihat, ingatan, amaran mahupun fakta Perlembagaan Negara, tersebar dengan pelbagai ulasan selepas itu. Rata-rata para pembesar UMNO yang diminta pendapat dan ulasan mereka tentang ucapan Presiden akan memilih jalan selamat iaitu, memuji-muja dan menggambarkan ucapan tersebut sebagai sesuatu yang hampir setaraf dengan wahyu yang turun dari langit!!!!
Beberapa muka yang menjadi pembahas, sebenarnya kalau ditinjau kembali beberapa tahun lepas, pasti akan mengingatkan kita kepada kes-kes membabitkan penyelewengan dan ketamakan serta keserakahan menggunakan UMNO untuk menjadi Qarun termasuklah salah seorang yang disabitkan dengan kesalahan menyeludup kayu bergergaji.Namun apabila mendengar syarahan mereka, seolah-olah mereka bagaikan kita berada di dalam sebuah tempat yang dipenuhi pelbagai orang-orang yang sudah bertaubat.
UMNO sebenarnya tidak pernah dikalahkan oleh musuh-musuh politiknya. Sebaliknya kekalahan UMNO adalah disebabkan oleh pemimpin yang terlalu mudah menuruti hawa nafsu berbanding mematuhi rukun sebagai pemimpin. Keadaan itu sudah lama berlaku dan disedari oleh akar umbi, namun para pemimpin UMNO sentiasa berusaha untuk menafikan hakikat berkenaan.
Berapa ramai daripada pemimpin UMNO yang sedar, mereka sebenarnya sudah tidak mendapat tempat di hati akar umbi? Contoh terbaik adalah Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang menjadi sasaran mudah melepaskan kemarahan dan kekecewaan akar umbi terhadap kealpaan dan kelekaan UMNO. Khairy Jamaluddin dalam responsnya terhadap syarahan wakil dari Kedah dengan bangganya menyatakan dia sudah 7 kali turun ke Kedah.
Setakat turun 7 kali ke Kedah, Khairy seharusnya sedar, hari ini, perjalanan bukan lagi sesuatu yang menyukarkan. Ada orang Alor Setar, bersarapan di Alor Setar, makan tengah hari di Kuala Lumpur dan minum petang di Johor Bharu sebelum makan malam di Kota Bharu. Jawapan yang diberikan oleh Khairy Jamaluddin terhadap kegagalannya selaku Ketua Pemuda UMNO yang diharap dapat mengembalikan kecemerlangan UMNO menerusi penyertaan lebih ramai generasi muda.
Begitu juga apabila Khairy cuba mengajar rakan-rakannya tentang kegunaan dunia maya seperti Twitter, Facebook, blog dan sebagainya dengan kata-katanya, para pemimpin UMNO perlu menukar strategi iaitu menggunakan kebijaksanaan bukannya kekuatan tenaga. Hakikatnya, dalam sebarang perbahasan di dunia maya, Khairy Jamaluddin tidak pernah memberikan sebarang ruang kepada orang yang ingin berdebat dengannya menerusi Twitter. Sebaliknya yang diberikan ruang adalah golongan yang memuja-mujinya atau pun penyoal yang soalannya boleh dijawab hatta oleh kanak-kanak tadika sekalipun.
Itu bukanlah contoh klasik yang terdapat di dalam UMNO sebaliknya kes melibatkan Khairy merupakan fenomena yang tidak lagi menghairankan. Terlalu ramai DINOSAUR-DINOSAUR Zaman Jurrassic di dalam UMNO yang masih tidak sedar tentang perubahan dunia di sekeliling mereka. Mereka seperti tidak tahu bahawa setiap gerak-geri mereka sentiasa diperhatikan dan dinilai oleh para pengundi.
Persoalan mengapa PAS disayangi oleh rakyat yang ditimbulkan oleh salah seorang perwakilan, sebenarnya persoalan yang paling asas. Perwakilan tersebut seharusnya bertanya kepada rakan-rakannya, berapa ramai daripada mereka yang berjemaah di surau atau masjid apabila masuknya waktu solat atau berapa ramai yang buat-buat tidak dengar alunan azan sebaliknya lebih seronok melepak di Coffee-House?
Sama ada kebanyakan perwakilan tidak sedar atau buat-buat tidak sedar, faktor inilah yang menggamit perhatian serta rasa sayang rakyat marhein yang menjadi pengundi majoriti kepada sesebuah parti. Seringkali ditimbulkan, mengapa para pemimpin PAS dikagumi dan dipatuhi walaupun mereka sebenarnya BUTA PERUT dalam segala-gala hal, termasuklah bab-bab agama?
Sebabnya, mereka sentiasa ada di tempat rakyat marhein dan bukannya di pejabat-pejabat berhawa dingin yang memerlukan kot dan tali leher.
Seandainya para pemimpin UMNO mengambil peranan yang dimainkan oleh para pemimpin PAS di samping membuang keegoan melampau yang bersarang dalam diri mereka, Perhimpunan Agung UMNO seterus-seterusnya pasti tidak memerlukan lagi pertanyaan-pertanyaan daripada perwakilan yang hanya disengih dan ditertawakan oleh orang-orang PAS dan PKR.
UMNO sudah berusia 64 tahun namun UMNO bukan semakin pandai dan matang, sebaliknya semakin bongok dan BAHLOL! DAP yang ultra-kiasu itu pun tahu turun padang dalam bentuk rakyat marhein, para pemimpin UMNO pula masih lagi berlagak dengan perut besar dan badan berbentuk buah pear mereka!!!!

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List