K'jaan sekali lagi tangguhkan GST

on Oct 13, 2010

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang sepatutnya dikuatkuasakan oleh kerajaan sekali lagi ditangguhkan - langkah yang selalunya diambil apabila bakal menghadapi pilihan raya umum.
Namun, menurut taklimat kepada editor kanan, cukai baru itu tetap akan dilaksanakan tetapi kerajaan buat masa ini memerlukan masa yang lebih panjang.

Sebelum ini, GST yang dijadualkan dilaksana pada Mac tahun ini ditangguhkan dengan alasan kerajaan kini mendapatkan maklumabalas daripada orang ramai.

Cukai daripada GST itu dikatakan mahu menambahkan pendapatan negara yang sekarang ini banyak bergantung kepada royalti minyak yang dibekalkan oleh Petronas.

Syarikat petroleum negara itu sahaja menyumbangkang hampir 50 peratus daripada pendapatan negara.
Cukai baru itu juga diharapkan dapat mengurangkan defisit negara yang kini dianggap paling tinggi sejak 20 tahun lalu, iaitu pada kadar 7.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasar 2009. Ia bagaimanapun berjaya dikurangkan kepada 5.4 peratus tahun ini.

Namun, sejak beberapa minggu kebelakangan ini, pihak pembangkang menjelajah ke seluruh negara dengan menjaja bahawa cukai baru itu akan membebankan rakyat, khususnya golongan miskin.
Sementara itu, kenyataan kementerian kewangan, mengesahkan bahawa kerajaan telah menangguhkan pelaksanaan GST.

Menurut kenyataan itu, GST ditangguhkan bagi membolehkan kerajaan berinteraksi dengan semua lapisan rakyat mengenai pelaksanaan cukai baru itu.

"Kerajaan akan mengambil kira kepentingan dan kebajikan rakyat bagi memastikan penguatkuasaan GST diterima dengan baik," petik kenyataan kementerian itu hari ini.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan menyedari akan kepentingan GST dalam memastikan kedudukan fiskal yang kukuh dan mapan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List