Panas: Isu Ahli PKR Keluar Parti Di Pahang, Satu Sidang Media Bakal Diadakan Di Kediaman Dato' Fauzi Abdul Rahman Pada Pukul 11.00 Pagi Ini !!

on Oct 13, 2010

Susulan laporan media berkenaan insiden 215 orang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Lepar Utara di Cabang Paya Besar keluar parti semalam, maka satu sidang media akan dibuat oleh Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang, Dato' Fauzi Abdul Rahman(foto) hari ini. Sidang media dijangka akan diadakan di kediamannya jam 11.00 pagi ini.


 "Saya merasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menerangkan situasi sebenar perkara ini. Walau bagaimana pun PKR Pahang tidak sedikit pun gusar dengan insiden tersebut kerana ia hanyalah satu pembohongan semata-mata. Malah, jumlah ahli yang keluar parti juga turut meragukan dari jumlah sebenar ahli di ranting tersebut. Itu belum termasuk penipuan yang dibuat oleh ketua kumpulan terbabit yang kononnya ahli PKR. Padahal beliau adalah ahli UMNO dan namanya tidak ada langsung dalam senarai ahli PKR di cabang itu", kata Dato' Fauzi.



Penipuan, ahli PKR masuk UMNO atau ahli UMNO yang masuk UMNO ?

Ramainya ahli PKR keluar parti, termasuk si pegawai JASA (baju biru)
"Sebenarnya, isu ini sengaja dimainkan oleh Ketua UMNO Bahagian Paya Besar, Ahmad Tajuddin Sulaiman kerana beliau gusar dengan sokongan dan penerimaan rakyat terhadap PKR kini semakin meningkat di cabang itu. Malah, Cabang Paya Besar yang dipimpin oleh bekas orang kanan beliau ketika dalam UMNO dulu iaitu Hj.Zahari Mamat, merupakan antara cabang yang paling aktif di negeri Pahang. 


Malah, saya difahamkan ramai lagi ahli UMNO dan atas pagar yang akan sertai PKR dalam masa terdekat ini sebenarnya. Inilah yang menakutkan Ketua UMNO terbabit, lantaran itulah beliau menggunakan isu ini untuk melemahkan dan menjatuhkan imej PKR di cabang itu dan negeri Pahang khasnya", kata beliau. Dalam kenyataannya juga Dato' Fauzi menegaskan yang beliau langsung tidak hairan dengan tindakan Ahmad Tajuddin itu. Katanya, pemimpimn UMNO itu adalah penyokong kuat Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li).


"Semasa pemilihan UMNO sebelum ini, Tajuddin adalah antara pemimpin yang cuba mengangkat Ku Li untuk bertanding bagi jawatan Presiden UMNO. Beliau telah membawa Ku Li untuk berceramah di Paya Besar (Lepar Utara), namun telah dihalang oleh Najib ketika itu. Akhirnya program telah dipindahkan ke Temerloh", Kata Dato' Fauzi lagi.

[Dengan maklumat ini, maka benarlah kenyataan kami yang terdahulu bahawa Ketua UMNO Bahagian Paya Besar (Ahmad Tajuddin) membuat tindakan bodoh ini bagi tujuan untuk mengampu dan membantu kroninya iaitu Tengkua Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang baru saja dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya BN di Pilihanraya Kecil DUN Galas tidak lama lagi.


 Ahmad Tajuddin sengaja mahu menunjukkan kepada rakyat kononnya PKR (Pakatan Rakyat) kini mula ditolak oleh penyokong mereka. Tindakan ini kononnya atas arah Ku Li, demi agenda mereka untuk merampas DUN Galas daripada PAS dalam pilihanraya kecil itu nanti. Tindakan Tajuddin ini memang telah dihidu sebenarnya. Oleh itu, usahlah beliau cuba untuk menjadi juara menarik ahli UMNO dari kalangan penyokong Pakatan Rakyat. 


Jika pemulangan duit ehsan di Pulau Pinang pun Ketua UMNO Bahagian boleh berlakon sebagai warrga emas, maka apatah lagi dengan isu yang dimainkan oleh Tajuddin ini. Kemungkinan besar, jumlah yang dinyatakan itu langsung tidak wujud. Atau kesemua yang terbabit adalah ahli UMNO yang masuk UMNO sebenarnya. Justeru itu, semua wartawan dan media dijemput hadir ke rumah Dato' Fauzi di Indera Mahkota Kuantan untuk sidang media berkenaan kes ini nanti]. 


PDO

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List