
"Saya ada kencing manis, jadi kadang-kadang mata saya berair, kaki saya kebas dan kalau tak ada kawan saya mungkin tertidur."
Menurut Ibrahim, beliau terbuka untuk dikritik tetapi ia seharusnya membabitkan isu yang besar dan penting dan bukannya perkara remeh.
"Apa masalahnya? Jika betul, ini satu isu, maka jika saya kentut pun menjadi satu masalah.

"Jika awak dapati saya melakukan kesilapan yang mempunyai implikasi besatr, maka anda boleh serang saya,” katanya dengan nada berang.
Ibrahim sehubungan itu menafikan dakwaan bahawa beliau tidak menghormati mendiang Chong dan berkata pihak pembangkang hanya mencari alasan bagi membidasnya.
"Tak apalah, jika mereka nak cari pasal. Mereka tak ada punching bag, jadi saya rasa seronok juga...lebih ramai yang serang saya, saya bertambah kuat,” katanya sinis.

"Berdasarkan firasat saya yang telah lama berkecimpung dalam politik, pilihan raya ke-13 adalah yang terakhir untuk PKR. Saya tidak jangka ia dapat terus selepas itu,” katanya di lobi parlimen hari ini.
Ibrahim juga memperli PKR bukan sebagai parti yang kredibel dan berkata ia hanya alat yang digunakan oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita menjadi perdana menteri.
"Mereka capai kemuncak pada pilihan raya ke-12, tetapi orang ramai mula menyedari tembelang mereka dan orang Melayu kini mula bersatu. Saya percaya rakyat tidak akan bakar kelambu kerana nyamuk,” katanya.
0 comments:
Post a Comment