Nurul Izzah tak layak tanding timbalan presiden

on Oct 12, 2010

nurul izzah going for veep 230910 02


Ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar tidak layak bertanding jawatan timbalan presiden PKR kerana gagal mendapat cukup pencalonan bagi melayakkannya turut bersaing.

Menurut Pentadbir Pemilihan PKR Raden Shamsulkamar Raden Shamsudin, selepas tarikh akhir penghantaran pencalonan dari bahagian ditutup pada 10 Oktober (Ahad) lalu, Nurul Izzah hanya mendapat satu pencalonan dari Keningau, Sabah.

"Perkara ini kami berikan perhatian istimewa. Saya pun tidak tahu bagaimana beliau dikatakan mendapat tiga atau empat pencalonan. 

"Pihak kami semak dengan Nurul Izzah (kanan) sendiri, beliau pun tidak tahu," katan Raden Shamsulkamar.

PKR menetapkan setiap calon yang mahu bertanding mesti mendapat sekurang-kurang dua pencalonan minimum.

Keputusan itu dinanti-nanti kerana Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim pada 7 Oktober lalu mengumumkan beliau sanggup mengundurkan diri daripada bertanding jawatan itu jika Nurul Izzah turut menyertainya.

Zaid berkata, beliau bersedia 'melakukan apa yang terdaya' bagi membantu usaha Nurul Izzah kerana anak sulung Anwar itu "satu nafas baru" dalam PKR.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Raden Shamsulkamar berkata, pasukan pentadbir pemilihan juga membuat panggilan khusus ke cabang-cabang tertentu yang gagal menghantar pencalonannya pada masa yang ditetapkan.

azlanBeliau mengesahkah tujuh orang layak bertanding merebut jawatan nombor dua dalam parti itu.

Selain Zaid, mereka adalah Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail; dua naib presiden - Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub; Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim; pengarah strategik PKR, Tian Chua dan pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh.

Raden Shamsulkamar bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah pencalonan yang diterima tokoh-tokoh terbabit kepada pihak media.

Bagaimanapun, daripada rekod Malaysiakini (tidak rasmi), Azmin terus mendahului jauh di depan dengan pencalonan sebanyak 102.

Sementara itu, bagi pencalonan untuk jawatan naib presiden pula, difahamkan Nurul Izzah berjaya mendapat lebih daripada 30 pencalonan cabang.

Terdahulu bercakap di parlimen, Nurul Izzah berkata beliau masig menunggu makluman rasmi daripada ibu pejabat PKR berhubung senarai yang layak bertanding.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List