Terkini!: 'Waja Lancer' dengan 70% sentuhan teknologi Jepun....???

on Oct 12, 2010

Proton bakal melancarkan model barunya, Waja Lancer bulan depan (November 2010). Berdasarkan gambar yang dispot dari laman autoinsider, amat jelas model baru proton itu adalah jelmaan semula yang diambil daripada model kereta Jepun, Mitsubishi Lancer.

Namun kelihatan ada beberapa perubahan yang menampakkan imej proton di bahagian gril hadapan dan logo proton yang menjadi trademarknya.

Mengikut penglihatan mata penulis, bahagian bumper pula ada sedikit semacam Toyota Camry. Hangpa nak kata bukan pun, lantaklah. ehe..

Berdasarkan apa yang diceritakan laman autoinsider Malaysia, Proton akan membuat pelancaran untuk model ini pada pertengahan bulan depan dan mungkin pada hari Khamis bulan November 2010.

Ketika pelancaran berkenaan, dijangka nama model kereta berkenaan juga akan diberikan yang masih lagi menjadi tanda tanya ramai peminat Proton Waja Lancer. Sehingga kini, nama rasmi model Waja Lancer masih lagi dirahsiakan oleh pihak Proton. Menurut sumber autoinsider, nama model itu belum dapat disahkan lagi.

Autoinsider juga menjelaskan, menurut ‘orang dalam’, kereta Waja Lancer mempunyai 30% buatan tempatan. Manakala 70% lagi adalah dibawa dari Jepun sebagai sebahagian CKD.

Bagi peminat kereta Mitsubishi Lancer yang mempunyai peruntukan sederhana (poket sederhana..ehe), mungkin menjadikan model proton ini sebagai pilihan mereka. Menurut sumber autoinsider, harga model ini sekitar RM75K hingga RM95K.

Jika benar Waja Lancer akan dijual dengan harga itu, sudah pasti ianya menggembirakan peminat Waja yang gemar membuat ubah suai Mitsubishi Lancer sebelum ini kerana ianya sangat murah.

Dengan kapasiti 70% sentuhan teknologi Mitsubishi dari Jepun dan kereta tampak lebih besar dengan harga sedemikian, ianya jauh lebih murah berbanding dengan kereta-kereta CBU dari Jepun.

Menurut sumber itu lagi, aksesori dalaman dan luaran seperti rim, tayar, bumper, cermin, kerusi, radio dan lain-lain beberapa bahagian kecil dan sebahagian besar bahagian utama dan kritis adalah dari Jepun.

Sumber asal: autoinsidermalaysia.blogspot.com

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List