Nurul Umum Pendiriannya Ahad Ini......???

on Oct 8, 2010

KUALA LUMPUR, 8 Okt — Nurul Izzah Anwar berkata beliau memerluakn masa untuk memikirkan tawaran laluan yang hendak diberikan oleh Datuk Zaid Ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). 

Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim ini berkata, beliau memerlukan masa untuk membincangkan perkara tersebut dengan “pemimpin-pemimpin kanan parti.”

Sehubungan itu kata Nurul Izzah, beliau akan mengumumkan pendiriannya Ahad ini.
“Kesemua ini adalah baru kepada saya. Saya perlu berbincang dengan akar umbi dan juga pemimpin-pemimpin kanan parti sebelum saya membuat kenyataan rasmi,” kata Nurul Izzah kepada The Malaysian Insider, yang lebih dua minggu lalu menawarkan diri bertanding kerusi naib presiden.

Ahli Parlimen Lembah Pantai ini merupakan antara 27 orang yang layak telah bertanding kerusi naib presiden pada pemilihan secara langsung yang juga kali diadakan oleh PKR.
Semalam, Zaid yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR berkata, beliau bersedia menarik diri daripada bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu sekiranya Nurul Izzah ingin bertanding jawatan itu.

Sebelum ini Zaid berkata beliau akan turun gelanggang saingan timbalan presiden jika Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tidak berbuat demikian.
Khalid yang telah pun mengesahkan bertanding jawatan pusat belum memutuskan sama ada bertanding timbalan presiden ataupun naib presiden.
Ia akan diumumkan selepas beliau mengadakan pertemuan dengan Anwar, dijangka juga Ahad ini.

“Saya difahamkan Nurul (Izzah) akan menawarkan diri sebagai timbalan presiden dan saya difahamkan dia ada cukup pencalonan.
“Jadi kalau dia benar-benar serius dan mahu jawatan ini, saya bersedia untuk menarik diri daripada jawatan timbalan presiden itu supaya Nurul dapat peluang yang seluas-luasnya.
“Saya melihat Nurul sebagai satu nafas baru dalam parti, orang muda yang boleh menarik keahlian baru yang lebih dinamik dan profesional, saya akan menyokong dan membantu beliau serta tidak akan merumitkan peluang beliau menang,” kata Zaid.

Zaid yang menerima 38 pencalonan bagi jawatan itu berkata, beliau tidak menolak kemungkinan untuk bertanding jawatan nombor satu parti.
“Saya juga ingin menerangkan di sini bahawa ini tidak bererti saya tetap tidak akan bertanding apa-apa jawatan. Kalau dia (Nurul Izzah) tak nak bertanding, saya akan bertanding... jawatan apa bergantung... mungkin lebih tinggi
daripada timbalan presiden,” kata Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan ini.

Puteri Reformasi ini sebelum ini menegaskan, beliau bertanding kerusi peringkat pusat bukan untuk meneruskan dinasti keluarganya.
Ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merupakan presiden, jawatan yang dipegang sejak Keadilan ditubuhkan.

Dr Wan Azizah juga dicalonkan bertanding presiden dan timbalan presiden.
Setakat ini, dua pemimpin sudah pun mengesahkan bertanding kerusi timbalan presiden iaitu Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub yang kedua-dua merupakan naib presiden.
Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menetapkan 16 Oktober ini sebagai tarikh akhir mengesahkan penerimaan pencalonan.


0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List