Dek Kerana Takutkan Kelibat 'Ketua Pemuda PAS' Serta 'Presiden GAMIS', Pihak Universiti Malaysia Pahang Permainkan Program Anjuran Mahasiswa

Pelajar Kecewa, Anjurkan Satu Majlis Penerangan

Maka, pada 24 September 2010 satu perjumpaan telah diadakan dengan Naib Canselor UMP iaitu Dato' Dr.Daing Nasir Ibrahim (foto) mengenai program tersebut. "Kami telah mengemukakan tajuk baru berkaitan usaha penyuburan demokrasidikalangan mahasiswa di kampus. Malah kami juga bersetuju mencadangkan nama Naib Canselor terbabit bagi menggantikan Ustaz Nasharuddin (PAS) dan Mohd Idris (Gamis). Bagaimana pun Dr.Daing telah meminta kami menukarkan tajuk kepada yang lebih bersifat global", kata kenyataan pihak berkenaan. Dalam pertemuan itu, tambahnya, Naib Canselor turut memberi beberapa cadangan tajuk yang berkaitan dengan sosial dan integriti. Berikutan masalah untuk kelulusan itu, katanya, mereka mengubah tarikh mengadakan wacana kepada 7 Oktober (hari ini). "Kebetulan pada tarikh tersebut, berlangsung ekspo konvokesyen UMP, dan kami mencadangkan kepada pengerusi ekspo supaya wacana diadakan sewaktu ekspo berlangsung. "Pada mulanya ia dipersetujui oleh pengerusinya tetapi ia dibatalkan kemudiannya kerana masalah tajuk wacana itu," tegasnya.
Gara takut dengan kelibat dua pemimpin ini maka akhirnya
wancana mahasiswa tahun akhir UMP dipermain-mainkan
[ Ustaz Nasharuddin (kiri) dan Mohd Idris (kanan) ]
Berikutan itu pelajar terbabit akan mengadakan satu majlis penerangan esok bagi menyuarakan pandangan dan rasa tidak puas hati mereka berhubung isu pembatalan program berkenaan. Majlis penerangan itu akan diadakan di Kafeteria Kolej Kediaman Pertama UMP pada jam 12 tengahari ini. Sekitar 100 orang pelajar dijangka menghadiri majlis itu.

[Apa yang berlaku ini memang sungguh memalukan dan menjatuhkan imej Universiti Malaysia Pahang (UMP) sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang bakal melahirkan golongan intelektual sebenarnya. Wacana yang memberi peluang kepada para pelajar untuk mendapatkan input-input politik secara neutral itu telah dipermainkan oleh pihak pentadbiran yang takut tidak bertempat. Bukankan wacan itu turut mengundang seroang Timbalan Menteri UMNO iaitu Saifuddin Abdullah (foto) sebagai Ahli Panelnya. Maka, apa yang harus ditakutkan sangat sebenarnya. Bukankah ada pengerusi panel yang boleh memainkan peranan untuk memastikan skop yang dibincangkan itu tidak terlalu menjurus ke arah provokasi semata-mata. Makanya, tidak perlu pihak UMP mempermain-mainkan pelajar sedemikian rupa. Beri mereka peluang untuk mendengar pandangan daripada semua pihak agar ilmu yang dipelajari itu akan mematangkan mereka apabila keluar kelak. Tindakan UMP ini amatlah memualkan sama sekali, kerana jelas cuba menyekat dan mengongkong para pelajar, bairpun mereka sudah berada di tahun akhir. Amatlah merugikan bila masih ada sikap sedemikian pada golongan cerdik pandai terbabit, sedangkan dari maklumat kami ramai staff UMP menyokong Pakatan Rakyat sebenarnya]. -PDO
0 comments:
Post a Comment