REHATKAN MINDA SEJENAK........???

on Oct 25, 2010




Dr Hasan Ali: Dekati agama, elak musibah




Masyarakat digesa menggembleng usaha menarik minat generasi muda, ibu dan bapa di Selangor, mendekati agama supaya pengisian kehidupan ini tidak tersasar daripada tuntutan Islam hingga mendatangkan musibah kepada umat.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, setiap peringkat dari kerajaan hingga ke institusi keluarga, perlu memainkan peranan menghadapi gejala keruntuhan akhlak.



Dr Hassan berkata, kegelinciran hari ini dapat ditangani jika ibu bapa terlebih dahulu mendidik anak-anak dengan sikap dan perbuatan yang bertanggungjawab, berhemah dan menepati kehendak agama.



“Suami pula harus menjadi ‘role model’ dan menunjukkan teladan yang baik kepada mereka yang dipimpin. Sebagai khalifah keluarga, bapa bertanggungjawab memelihara institusi keluarga dengan baik seperti yang dituntut Islam,” katanya.



Dr Hasan berkata demikian pada Wacana Pemerkasaan Institusi Keluarga di Kampung Bukit Badong, semalam.



Pada wacana ini, Dr Hasan Ali melahirkan rasa dukacita dengan peranan sempit yang dimainkan oleh rumah-rumah ibadah di negeri ini.



Beliau menjelaskan bahawa fungsi rumah ibadah bukan hanya untuk dihias-indah, dibina megah ataupun sekadar menunaikan ritual keagamaan semata-mata.



Sebaliknya, rumah-rumah ibadah harus menjadi kuasa pendorong yang mengangkat pelbagai aspek individu dan kemasyarakatan



Selain Wacana Pemerkasaan Institusi Keluarga, program mendekati rakyat ini turut menganjurkan Forum Perdana, ceramah, solat berjemaah dan penyampaian bantuan makanan daripada Lembaga Zakat Selangor kepada golongan yang kurang berkemampuan.



Program qiamullail sebegini mampu meningkatkan perpaduan umah



Seramai 33 fakir dan miskin dari empat buah kampung sekitar Bukit Badong menerima bantuan makanan daripada Lembaga Zakat Selangor .



Bantuan berbentuk keperluan harian seperti beras dan minyak disampaikan Dr Hasan.



Sementara itu, Raja Normala Raja Ismail, dari Jaya Setia bersyukur kerana ibunya Jamaliah Tahir, terpilih sebagai salah seorang penerima bantuan makanan daripada Lembaga Zakat Selangor.



“Saya ucapkan ribuan terima kasih banyak-banyak kepada Lembaga Zakat Selangor kerana banyak membantu golongan miskin dan yang memerlukan.



0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List