Ronnie Liu bersuara kembali.

on Oct 1, 2010





SHAH ALAM, 1 Okt: Exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu satu nama panas sejak kebelakangan ini. Beliau dikaitkan dengan pelbagai isu dan menjadi sasaran pelbagai pihak. 

Sejak dua bulan lalu, beliau menutup mulut dan tidak mahu diwawancara oleh mana-mana media. Namun beliau sedia di wawancara oleh akhbar politik, Siasah baru-baru ini.

Dalam wawancara itu, pelbagai perkara dicerita oleh beliau yang berkaitan dengan pelbagai isu yang menghantui beliau sendiri dan juga DAP di Selangor.

Antaranya isu beliau didakwa sebagai tauke di belakang banyaknya rumah urut dan spa lahir di Selangor sekarang ini.

Ronie juga dikaitkan dengan kegiatan samseng dan ada yang mendakwa kongsi gelap menjadikan pejabat beliau sebagai tapak aktiviti mereka.

Juga dihalakan kepada beliau adalah isu kawasan yang beliau wakili iaitu Dun Pandamaran di Selangor serta hubungan beliau dengan bekas pegawai khasnya di sana.

Dalam wawancara ini, Ronie menjawab semua tuduhan itu dengan tegas dan jelas.

"Saya rasa Barisan Nasional atau Umno sudah tahu, sekiranya mereka tidak kacau kita, dan kita dapat terus berkhidmat membangunkan negeri Selangor seperti hala tuju yang kita ada sekarang ini, mereka tidak boleh menang dalam pilihan raya yang akan datang. 

"Dahulu kita semuanya tidak ada kerajaan, tetapi apabila peluang (mandat) sudah diberi, kita sudah merakyatkan ekonomi Selangor, cara kita mentakbir bersih tanpa penyelewengan, tiada menyalahgunakan kuasa," tegas Ronie dipermulaan wawancara lebih satu jam di pejabatnya itu.


Harakahdaily

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List