UPSR: Patutlah selalu cemerlang pun, main tipu rupa-rupanya....???

on Oct 1, 2010



Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu diminta memberi penjelasan tentang dakwaan kejadian 'jawapan bocor' yang berlaku keatas pelajar tahun enam sekolah rendah yang mengambil peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) baru -baru ini.

Pengerusi Majlis Pemuafakatan Rakyat Terengganu (MAMPAT) Cikgu Fauzi Abu Samah berkata pihak mendapat aduan dari warga pendidik negeri Terngganu berkenaan kejadian tersebut.

"MAMPAT dapat 'respon' daripada warga pendidik negeri Terengganu berkaitan dengan UPSR, kalau kita dulu terkenal, popular soalan bocor, tapi di Terengganu (sekarang) terkenal dengan 'jawapan bocor'.
"pelajar darjah 6 diberi jawapan bulat-bulat, disuruh menghafal,"katanya yang ditemui di Majlis Rumah Terbukanya, 28 September.

Sehubungan itu, menurutnya, seorang guru kepada pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah dalam daerah Dungun yang menyatakan ada pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR tahun lalu, tetapi tidak dapat membaca dengan baik.

Cikgu Fauzi berkata, pihaknya membuat semakan, ada pelajar yang kurang pandai, mendapat keputusan yang baik dalam UPSR, mendakwa jawapan diberikan oleh guru-guru mereka.

"Kita pun dapat respon daripada pelajar, ada yang kita 'check', kita dapati pelajar ni bukan kumpulan yang pandai, kita tanya, pandai, adik boleh menjawab periksa dengan baik,

"tiba-tiba jawapan yang diberikan sangat mendukacitakan, beliau tak pandai, tapi cikgu bagi jawapan,"ujarnya menjelaskan isu terbabitBeliau difahamkan isu yang sangat besar itu berlaku kerana tindakan pihak Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) berhasrat mengekalkan prestasi pencapaian dalam UPSR.

Menurutnya, para pelajar diberikan jawapan 'yang bocor' melalui guru-guru, sehari sebelum peperiksaan atau pada pagi sebelum peperiksaan berlangsung.

"Isu ini sangat besarlah bagi kita, dalam JPNT nak mengekalkan prestasi kecemerlangan, adakah layak untuk kita melanggar etika pendidikan dan perguruan.

"kami difahamkan pelajar-pelajar diberi jawapan melalui guru-guru, dan sestengah sekolah itu samada petang sebelum peperiksaan itu, pelajar dipanggil untuk diberi jawapan, untuk dihafalkan ataupun pagi, para pelajar diberikan taklimat untuk menghafal jawapan-jawapan tersebut,"ujarnya.

Walaupun beliau berharap ia tidak benar, namun pihaknya (MAMPAT) akan membuat beberapa tinjauan hingga ke peringkat bawah bagi memastikan samada ia bener-benar berlaku atau pun sebaliknya. -Buletin Online

WarkahDaily - Kantoi...kantoi...Ingat ke betul-betul berkesan cara depa didik murid jadi pandai sehingga cemerlang setiap tahun. Rupa-rupanya main tipu. Hampes punya orang.

Kerana nak nama punya pasal, bohong pun, bohonglah. asalkan gah di mata orang biar bodoh pun di mata sendiri.

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List