Antara Wuquf Arafah dengan Wuquf Putrajaya

on Nov 18, 2010


Kenapa kita tak raya ikut Arab Saudi dan kita berpuasa sunat mengikut Hari Wuquf mereka di Arafah. Bagi mereka yang mengerjakan haji di Mekah ketika mana mereka berwuquf dan disunatkan mereka yang tidak mengerjakan haji di Mekah agar berpuasa sunat. Tidakkah hariraya haji hendaklah diikut sahaja raya ditempat ibadah haji di adakan iaitu Arab saudi. Apabila Mekah berhariraya kenapa kita belum raya? Adakah kat Malaysia ada wuquf Putrajaya.. Fuhhh ada soalan macam tu jugak yek!

Hang nak kena denda ke nak penjara?. Kat Malaysia ni kalau langgar majlis raja-raja yang menetapkan hariraya boleh didenda rm3,000.00 atau 2 tahun penjara. Kerana berhariraya tidak mengikut tarikh yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia. Salah buat kedua-duanya sekali kena. Denda dan penjara. atau hang nak masuk ISA kerana bikin huru-hara. Menyebabkan negara tak selamat. Huru-hara.

Malaysia guna Rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (falak) berdasarkan imkanul rukyah (keboleh-nampak anak bulan). Masalahnya anak bulan kat Malaysia tak pernah menonjolkan diri. tak pernah kelihatan. Bapak bulan ada le. Tu pun ramai jugak yang tak nampak.

Ulama pun dah berbahas panjang antara menentukan Hari raya idul-Adha ini berdasarkan wuquf di Arafah ke atau melihat anak bulan. Bukan di Malaysia aje. Bahkan Rukyah ini telah diselaras ke peringkat Asean. Sebab itu Indonesia juga mengistiharkan Hariraya Idul-Adha pada Hari Rabu 17 November. Tetapi ada juga yang telah mula berhariraya di Indonesia pada hari ini.

Ye lah perkara yang melibatkah khilafiah ini dah lama berpanjangan. Nak kata pun payah...

0 comments:

Followers

pop up text

Blog Archive

Top Ranking Pro PR

My Blog List